Saturday, 30 November 2013

Kisah Cinta Tiga Sahabat {bab 4}

   Pejam celik pejam celik.Aku dah pun tamat pengajian dalam bidang akaun.Tinggal tunggu waktu nak graduasi je.Tak sabar rasanya.
   Aku bersiap-siap untuk keluar.Maklum,hari tu dah janji dengan Majidah.Padahal blom graduate.hehe.Takpelah.Rindu punya pasal.Ku sanggup rberenang di lautan api.Haha.Terasa diri ini poyo.
   "Mak,akak pergi dulu ye.Nak pesan apa-apa tak?"tanyaku kepada ibuku sebelim aku keluar.
   "Ye,mak nak nasi ayam penyek."jawab ibuku laju.
   "Amboi.Lajunya.ok la nanti akak belikan.Pergi dulu ye."Aku menyalami tangan ibuku.Minta restu keluar rumah.Hehe.
   "Akak!!!Adik nak nasi ayam.!"Adikku memanggil ku laju sewaktu aku sedang menyarungkan kasut di kaki ku.
   "Kurang asam kau.Duit mana?Pokailah aku macam gini kalau kau asyik kikis duit aku!"
   "Hehe.Nnati adik gantilah.Don't worry be happy."
   "Ok."jawabku ringkas.
   Semasa aku berjalan.Aku terserempak dengan kawan satu taman dengan aku.Nama dia Zulaikha.Dulu die gemuk.Takdelah gemuk mana.Agak berisilah.Tapi sekarang,fewwiitt,serius cun.Dah kurus sikit.hehe.
   "Woi Sharifah."panggilnya sambil menepuk bahuku.
   "Waalaikumsalam ustazah.Wah,ustazah sekarang pandai bergaya.So lawa.haha"ujarku kepadanya sambil ketawa terbahak-bahak.Rindu betul nak bergurau dengan minah yang seorang ni.
   "Kuat kau nganjing aku ye.Kurang asam.Lama tak jumpa kau.Ni nak pergi mana?"
   "Haha.Rindu dengan aku kan.Malam ni tidur rumah aku ok.Kita bergossip.Oh ye.Aku nak pergi angsana.Nak jumpa Majidah.Rindu jugak dengan dia.Eh!malam nie jangan lupa.Tidur rumah aky.Aku dah lambat ni.Bye Aiqa."ujarku sambil menepuk bahunya.Aiqa sekadar mengangguk.Aku pula meneruskan perjalanan aku menuju ke destinasi yang dituju.
****************************************
   'Mana Majidah ni.Lambat betul.Nasiblah.'aku berkata dalam hati.Daripada dulu sampai sekarang,mesti aku orang pertama yang menunggu.Sabar jelah.Aku menunggunya dekat KFC sambil membaca novel bertajuk Lafazkan Kalimah Cintamu.Biasanya aku akan baca novel pada waktu malam.Bagiku kalau baca waktu malam.Baru ada feel nak nagis,ketawa dan sebagainya.
   "Lafazkan kalimah cintamu."ujar satu suara yang pentingnya bukan Majidah.Aku mengalihkan novelku untuk melihat siapakah gerangan yang menyebut tajuk novelku.Seorang lelaki memakai kemeja kotak-kotak berseta seluar jeans.'siapa nie'tanyaku didalam hati.
   "Hai manis.Takkan tak kenal aku yang handsome lagi comel ni?"ujarnya sambil membuka kaca mata hitamnya.Aku terkejut.
   "Omg..omg..omg..Haris!!!ohh.Macam mana kau ada dekat sini.Omg macam mana kau boleh ada dekat sini.Apa khabar?Have a seat."terkejut aku bukan kepalang.Haris ni kawan aku dekat UPM.Memang tak sangka jumpa dia dekat sini.
   "Haha...Thanks.Kau buat apa dekat sini?Aku ada hal dekat JB ni.Dah settle.Aku jalan-jalan lah dekat angsana nie.Lepas tu kan aku terjumpalah seorang gadis yang sedang membaca novel.Ingatkan nak ngurat.Rupa-rupanya kau.Haha."
   "Kurang asam kau.Cili mulut tu kang.Naya je.Aku tengah tunggu kawan aku.Nak date."ujarku sambil tersenyum.Haris ni memang gatal.Kalau yang tadi dia tegur bukan aku.Dah lama agaknya dia tackle.Dengar cara dia bercakap pun aku dah tahu.Haris..Haris,tak ubah-ubah perangai.
   "Kau rindu aku ta?"tanya Haris.Aku tak kisah.Dia memang begini.Mengada-ngada terlebih.
   Baru sahaja aku ingin menjawab soalannya,telefonku berdering.
   "Sorry,I must go now.Bye.See you again."ujarku sambil menjawab panggilan.
   "Ha Majidah.Kau dekat mana?"
   "Aku dekat pintu masuk.Cepat datang sini.Aku tunggu."ujar Majidah seraya mematikan panggilan.Aku pula bergegas menuju ke escalator untuk menaiki tingkat dua.
   "Majidah!!!"aku memanggilnya.Majidah melambaikan tangannya kepadaku.Aku membalas seraya mempercepatkan langkahku.
   "Beb.Rindunya dengan kau.Fuh lamak.Makin cun siut."ujarku sambil memluknya erat.
   "Haha.Well,aku memang sentiasa cantik.Haha.So,kita nak kemana dulu?"tanya Majidah kepadaku.
   "Aku rasa kau lapar.Jom mencekik nak?"ujarku kepada Majidah sambil mengangkat keningku yang tidak bebetapa lebat nie.
   "Cantik sangat.Jom!!!aq memang lapar sangat ni."ujar Majidah sambil memgang perutnya.
   Aku dan Majidah mula berjalan menuju ke Marrybrown.Tiba-tiba tekak kami teringin nak makan bubur ayam MB.So apalagi,Bedal lah.Haha.
   "So,apa perancangan kau?Nak kerje dekat negara mana?"tanya majidah kepadaku setelah selesai kami menikmati hidangan yang kami pesan tadi.
   "Amboi kau ni.Tak adalah sampai ke luar negara.Menyanyah je kau ni.Aku rasa aku nak kerja dekat sekitar JB ni je.Ye lah doe.Mak dan Abah aku dah tua.Aku tak naklah jauh sangat.Kau mesti fahamkan."ujarku.
   "Tapi..."sambungku."Aku tetap satu rumah dengan kau.Don't worry la."
   "Oklah.Aku sokong kau.Aku faham."ujar Majidah menyetujui pendapat aku.
   "Jom lah jalan-jalan.Sebelum balik nanti aku nak belikan Mak dengan Adik aku makanan.Hehe."
   "Ok.Jom lah.Kita mesti beli satu barang kenangan."
   "Perangai tak berubah."Aku mengelengkan kepala seraya ketawa.Majidah juga turut ketawa.Aku dan bangun dan terus menaiki tingkat lima.Teringin nak main bowling katanya.Aku pun dah lama tak hentam bowling pin tu.Hehe.
****************************************
   Aku dan Majidah berjalan menuju ke tempat permainan Bowling sambil berbual.Sedang kami berjalan,aku dilanggar oleh seorang manusia yang tidak memandang kehadapan ketika berjalan.Geram aku dibuatnya.Majidah tanpa berlengah dia terus menjerit memarahi manusia itu.
   "Hello saudari,kalau dah langgar orang tu tak reti bagi minta maaf ke?Sombong gila!"marah Majidah.Majidah menarik tanganku agar aku dapat bangun semula.Aku mengibas seluarku.Takut kekotoran.
   Aku mengangkat mukaku mencari gerangan yang mekanggarku tadi.Dalam masa yang sama,perempuan itu memandang ke belakang.Aku terkejut yang teramat.Aku pandang Majidah.Begitu juga dengan Majidah.Kami sama-sama terkejut.Kami memandang kembali wajah perempuan yang berada agak jauh dihadapan kami.Aku menggosok mataku.Apabila aku membuka mata.Tetap orang yang sama.Lalu aku dan Majidah sama-sama menjerit.
   "Azura!!!!"laungku dangan Majidah.
   "Iena!!!Majidah!!!"jerit Azura juga.Tanpa berlengah aku dan Majidah segera berlari mendapatkan Azura.
   "Azura.Aku rindu sangat dekat kau.Sampai hati kau kan lupa dekat kita orang."ujarku.Aku menangis.Begitu juga dengan Majidah.Azura jangan cakaplah.Dia orang pertama yang mengalirkan air mata.
   "Aku pun rindu dekat korang.Mana boleh aku lupakan korang.Korangkan kawan aku.My best friend forever.Tak akan aku nak lupakan kau macam tu je.ujar Azura sambil mengesat air mataku dengan Majidah.
   "Kau nak kemana ni?"tanya Majidah selepas kami bertiga merungkaikan pelukkan tadi.
   "Aku jalan-jalan.Korang nak kemana.Jom jalan sama-sama.Disebabkan aku rasa aku yang bersalah.Hri ni Aku belanja korang.Ok?"ujar Azura.
   "Kita orang pun jalan-jalan juga.Bagus idea kau tu.Jom main bowling."ujar Majidah.Kami kembali ceria.
   "Jom."balas Azura.
   "Zura,sorrylah marah kau tadi.Emo sikit.hehe"ujar Majidah.Maklumlah,tadi dia melanggar aku sampai aku terjatuh.Tahu-tahu Azura.Kawan aku dengan Majidah yang dah lama betul tak jumpa.
   "Kau apa khabar?Apa cerita sekarang?"tanyaku semasa kami bertiga bersama-sama memakai kasut yang kami sewa tadi.
   "Aku buka bisnes.Bisnes tudung."ujar Azura.
   "Fuyyooo.Best gila.Cita-cita aku yang dulu tu.Haha."ujar Majidah teruja.
   "Tak adalah hebat mana.Biasa-biasa je.Oh ye.Jom lah kita duduk serumah bila kau orang dah kerja nanti.Dulukan kita pernah janji nak dudukl satu rumah."
   "Good idea."ujarku sambil menunjukkan ibu jariku.
   "Lepas ni.Kita tak akan terpisah.Amin!!!"ujar Majidah seraya memegang tangan aku dan Azura.
   Aku,Majidah dan Azura terus pergi ke tempat yang ditempah tadi.Bagi aku,hari ni hari yang paling best sebab aku dah pun jumpa kedua-dua kawan baikku ini.
****************************************
   "Eh,jom lah aku hantar korang.Sekali aku tunjuk rumah aku.Nanti bila korang nak pindah,korang cakap dengan aku.Aku ambil korang."ujar Azura memberi idea yang bernas.Aku mengangguk setuju.
   "Cantiklah idea kau.Eh,kau tinggal seorang ke dengan family."tanya Majidah.
   "Seorang.Aku barulah dekat rumah tu.Baru nak cari geng.Tetiba terjumpa korang.Memang tepatlah.Hehe."
   "Bagos jugak tu.Dah alang-alang kau ni bisneswoman,apa kata kau hantar Majidah dekat Simpang Renggam.Kita lepak kejab rumah dia,lepas tu baru hantar kau.Duit minyak kau tanggunglah ea.Kami belum bekerja ni.Hehe."ujarku.
   "No hal.Demi korang,jom ikut rancangan kau."
   "Itulah yang sebaik-baiknya.Haha"ujar Majidah membuat gaya ala-ala ustazah.Kami bertiga sama ketawa.Akhirnya,dapat jugak kami bertiga kembali bersama semula.Semoga Allah mengkekalkan hubungan kami sampai bila-bila.Hanya maut dapat memisahkan kami.Amin.
****************************************
   Azura tenang memandu.Aku duduk dibelakang,Majidah pula didepan.Bergaduh juga tadi,tapi aku lah yang mengalah.Maklum,paling tua dalam geng ni.Hehe.
   Telefonku berdering.Biasalah,ibuku yang menelefon.Risau bila aku lambat balik.Aku menjawab panggilan tersebut.Aku terangkalah daripada A sampai Z.Ibuku hanya menyetujui sahaja.Maklumlah,tak akan lah dia nak menghalang lagi.Umur aku pun dah 24 tahun.Bak kata ibu aku,dah boleh kahwin.Cuma aku je yang belum bertemu jodoh.Malaslah nak fikir pasal cinta ni.Tujuan aku sekarang nak kerja.Kumpul duit untuk beli rumah untuk ibu ayahku dan kereta.Adikku juga perlu aku tanggung pembelajarannya.
   Adik aku tu dah 20 tahun.Tak lama lagi dia masuk Universiti.Jadi akulah yang kena tanggung.Tak bolehla nak mengharapkan ayah aku.Dah tua.Kalau boleh aku nak ibu dan ayahku tu berehat saja.
   "Mak kau cakap apa Iena?"tanya Azura mematikan lamunanku.
   "Mak aku cakap ok lah.Tak akan nak kongkong aku lagi.Dah besarkan.Hehe."ujarku.
   "Amboi.Belagak betul.Haha."ujar Majidah dan Azura serentak.Aku hanya ketawa.Begitu juga dangan Majidah dan Azura.
   "Aku tak sangka dapat jumpa korang lagi.Dah besar dah kawan aku ni.Bila nak kahwin?"ujarku memecah kesunyian.
   "Mak ai.Cara kau cakap macam kau tak besarkan.Kau tu cakap orang.Yang kau tu bila nak kahwin?"ujar Majidah.
   "Hello,aku tanya kau dulu kan."Ujarku pula.
   "Aku On the way.Siapa-siapa yang aku berkenan,aku nguratlah."ujar Majidah.
   "Tak ubah-ubah perangai kau ni Majidah.Tak habis-habis menggatalnya.Haha."ujarku.Azura juga turut tergelak.
   "Aku dah menjawab.Kau?"tanya Majidah kepadaku pula.
   "Aku macam ni lah.Tiada siapa yang mahukan diri ini.Hikss."ujarku pura-pura kesedihan.
   "Tak payah poyo doe.Meluat diri ini tengok kau berbicara seperti itu."ujar Majidah sambil mengetuk kepalaku dengan botol air yang dipegangnya.
   "Haha.Biasalah,aku ni merendah diri orangnya.Aku dah,Majidah,kau pulak Azura?Apa cerita?"tanyaku kepada Azura yang khusyuk memandu.
   "Muka aku yang cantik ni takkan siapa yang nak kan.Confirmlah ada.Tapi baru je.Aku baru clash dapat yang baru."ujar Azura dengan bangganya.
   "Mak ai minah ni.Belagak sungguh."aku menonjol kepala Azura dengan jemariku.
   "Untunglah muka cun.Orang cina kata ada Ong.Haha."ujar Majidah pula.
   Aku ketawa terbahak-bahak.Perangai mereka semuanya tak berubah.Yang seoarang gatal,yang seorang couple clash couple clash.Hai,inilah bff aku yang paling aku sayang.Aku bersykur sangat dapat bertemu dengan mereka kembali.Alhamdulillah.
   "Ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga meskipun kini kita terpisah demi kasihnya."nyanyiku.
   "Namun cebisan kenangan kita,sentiasa bermain dibayangan mata,detik waktu yang berlalu,menjadi memori kau dan aku."sambung Majidah dan Azura.
   "Sewaktu kita bersama.Saling setia menimba ilmu,tanpa mengenal erti penat jemu.Ingatkah kau lagi.Kita bersama memijak onak duri ditanah gersang mengutip semangat suci.Kini segalanya tersurat dalam sanubari."nyanyi kami bersama-sama.
****************************************
   "Sampai juga ke rumah Majidah ni."ujarku sambil membuka pintu kereta.Begitu juga dengan Majidah dan Azura.
   "Welcome to my home.Come on baby."ujar Majidah membuat gaya poyonya.
   "Assalamualaikum."Majidah memberi salam.Aku dan Azura hanya menurut dari belakang.
   "Waalaikumsalam."ujar ibu Majidah."Eh Iena,Azura.Masuklah.Dah lama betul Makcik tak jumpa kamu berdua ni ye.Dah besar betul.Dah kahwin ke belum ni."sambut ibu Majidah.Aku dan Azura bersalaman dengan ibu Majidah.
   "Sihat je Makcik.Biasalah makcik,Tahun menginjak tahun.Besarlah kami seperti Majidah ni.Saya belum kahwin Makcik.Masi single.Azura ni sudah makcik.Haha"ujarku panjang lebar.Tergelak besar aku dan Majidah.
   "Eh!tak adalah makcik.Iena saja je buat cerita.Saya belum kahwinlah.Belum ada calon."ujar Azura membela diri.
   "Yeke tak ada calon?"tanyaku kembali sambil mengangkat kening mengejeknya.
   "Betullah."ujar Azura sambil mencubitku.Memang bisa.Aku mengerang kesakitan.
   "Ada-ada sahaja kamu ni.Duduklah dulu ye.Makcik buatkan air."ujar ibu Majidah.
   "Eh makcik.tak usahlah susah-susah makcik.Kami dah minum dah.Siap makan pun.Makcik duduk je.Berbual dengan kami nie.Lama betul tak jumpa makcik ye.Makcik sihat?"tanyaku ramah.Poyo tak?hehe.
   "Alhamdulillah sihat.Mak kamu sihat?"
   "Alhamdulillah.Mak saya sihat.tapi biasalah makcik,tak boleh kerja berat-berat.Umur pun dah lanjutkan."ujarku lagi.
   "Mak saya pun sihat."ujar Azura.
   Kami berbual-bual tentang pelajaran kami,dimana kami nak bekerja,dan sebagainya.Apabila dah terasa lama.Aku dan Azura meminta diri.Maklumlah,hari dah nak petang.Kalau aku balik malam,Tak kena bebel dengan ibu aku.
   "Kami balik dululah ye makcik.Makcik jaga diri baik-baik.Nanti kalau Majidah nak kahwin kami sedia membantu.Haha."ujarku sambil menyalami tangan ibu Majidah.
   "Kau ni Iena.Kesitu pula.Sekel karang."ujar Majidah sambil menjenggilkan matanya kearahku.
   "Alah,aku gurau je.Jaga diri baik-baik.Jaga mak kau ni"ujarku.Aku menyalami tangan Majidah,memeluknya dan mencium kedua belah pipi.Begitu juga Azura.
   Sewaktu aku dalam kereta,ibu Majidah bersuara lagi,"Kirim salam dekat keluarga."
   "Insyaallah."jawabku dan Azura serentak.Kami melambai-lambaikan tangan.Akhirnya kereta Azura bergerak meninggalkan perkarangan rumah Majidah.
****************************************
   Satu jam kemudian,aku dan Azura sampai kerumah aku.Penat berjalan jauh hari ini.Azura hanya sekejap menyinggah kerumahku.Maklumlah,dah malam,penat pula.Jadi hanya sekejap menyinggah.Setelah Azura pulang,aku masuk kebilik,relexkan diri sekejap.Selepas itu baru aku mandi.
   Hari ni hari yang paling penat bagiku.Mana tak nya,lepas main bowling,kita bergerak ke Simpang Renggam.Selepas itu patah balik.Aku rasa Azura lagi penat,sebab dia memandukan.
   Harapanku,hubungan persahabatan kami akan berkekalan sampai bila-bila.Amin.

No comments:

Post a Comment