Tuesday, 5 November 2013

Kisah Cinta Tiga Sahabat {bab 2}

   Pejam celik pejam celik.Aku telah pun menamatkan zaman persekolahanku.Result aku pun turut membanggakan.Alhamduillah.Aku bersyukur kepada Allah.Kawan baikku Majidah juga tidak kurang hebatnya.Kami sama-sama berjaya.Tetapi kami tetap tidak dapat melanjutkan pelajaran ditempat yang sama.Sekarang aku melanjutkan pelajaranku di UPM dalam bidang Bachelor Of Accounting,manakala Majidah pula menyambung pelajarannya di UIA dalam bidang syariah. Walaupun kami berjauhan.Kami tetap berhubung melalui telefon.
   Tiba-tiba aku teringat kisah silamku bersama Majidah.Ada yang manis jua yang pahit.Aku ketawa sendiri.
****************************************
   "Majidah,aku nampak Aliff."
   "Mana??mana??"
   "Tu lah.Yang pakai baju warna coklat tu."
   "Ok!!aq dah nampak.Handsome gila." kata Majidah penuh dengan perasaan teruja.
   "Kawal perasaan tu.Hahaha.Aku tahu kau exited."
   "Mestilah.Dah minatkan.Haha."
   "Kau memang.Menggatal je tahu.Nasib baik dengan aku je.Hahaha"
   "Of course.Kitakan tahu rahsia masing-masing.hehe."
   "Haha.Dah lah tu.Makan.Nanti orang semua dah balik asrama.Kita tak siap-siap makan."
   "ok.ok."
****************************************
   "Woi!Termenung je kau ni.Termenungkan siapalah tu.Mesti Boyfriendkan??" Kawan aku Atika menyedarkan aku dari lamunan panjang ku.Atika ni lah kawan satu universiti dengan aku.Satu rumah sewa.Tapi berlainan course.
   "Astagfirullah"aku mengucap."Kau ni.Terkejut aku.Cuba bagi salam.".Marahku padanya.
   "Aku dah bagi salam.Kau yang tak dengar.Asyik termenung je.Mana nak dengar orang bagi salam.Janganlah marah.Sorry ok??"kata Atika sambil mengerlipkan matanya.
   "Haha.Tak marah pun.Cuma tinggikan suara.Kau dah makan?"
   "Belum lah.Pergilah masak.Aku lapar."pinta Atika sambil buat muka.Atika memang manja orangnya.Budak lelaki kalau suka dekat dia,mesti terpikat sebab sifat manja dia.Aku??hehe.Entahlah.Seumur hidup aku.Aku tak pernah merasai perasaan cinta.Selalunya,aku yang bertepuk sebelah tangan.Kiranya tak ada orang yang minat dekat akulah.Maklum,aku ni tak lah cantik mana.Tak ada perkara yang menarik pun tentang diri aku ni.
   "Hoi.Aku suruh kau masak.Bukan suruh kau termenung.Ayoyo."tegur Atika.
Sekali lagi aku terkejut."hurm.Ok ok.Kau nak makan apa??"
   "Apa-apa je lah.Asalkan bukan kayu,tiang elektrik,kabel"jawab Atika selamba.
   "Kau ni.Aku bagi makan kayu nanti.Baru kau tahu."Atika hanya tersenyum lebar.Aku bergerak ke dapur.Membuka peti ais.Berfikir mahu masak apa.Sedang aku menyiapkan hidangan,aku teringat kisah lama tentang cinta aku dan kawan-kawan baikku.
   Dahulu,sewaktu sekolah menengah,aku bersekolah di SMA (Arab) An-Nur Benut Pontian.Batch aku ni famous dengan kes bercinta.Ramai betul yang berpasang-pasangan dekat sekolah tu.Macam Amir Irsyad dengan Zairyen Zuaikha.Hanis Afiqah dengan Nizar Irfan.Afifah dengan Huzaifi. Amalina dengan Iqbal.Hidayah Ma'mor dengan Fakhri.Banyaklah.Aku??Aku ni tiada siapa yang minat.Aku minat orang adalah.Adalah seorang budak ni.Nama dia Shahril.Aku suka dia.Aku tak tahu apa kelebihan dia.Dah lah pendek,hitam tapi dia hensem.Selama aku dekat sekolah tu,dia tak pernah tahu aku suka dia.Yang tahu cuma Majidah,kawan-kawan studygroup aku dan orang yang aku percaya.
   Bila diingatkan balik.Aku malu sangat.Aku selalu kirim salam dekat dia.Bila dia tahu aku minat dia.Aku rasa aku bodoh sangat waktu tu.Sepatutnya dia tak perlu tahu.Tetapi dah takdirkan.Aku terima dengan redha.Nasib baik dia tahu selepas aku keluar dari sekolah.Jadi tak lah malu sangat.hehe.
   Dan sekarang.Aku takut nak jatuh hati pada orang.Takut kecewa.Tapi aku sentiasa mengharap ada orang suka dekat aku.Tapi,tak ada sampai sekarang.Aku redha.Kalau takdir aku tak kahwin pun.Aku terima dengan redha.
   "Atika.Jom makan."aku panggil Atika apabila makanan sudah siap aku masak.
   "Hurm sedapnya.Ayam masak merah.Favorite aku beb.Hehe.Thanks sayang."
   "Sama-sama.Pergi panggil Linda dengan Latifah.Nanti kalau tak diajak.Merajuk."aku menyuruh Atika memanggil hausemate aku yang lain.
   Sekarang,aku nak straight untuk study.Taknak fikir-fikir pasal cinta.Biarlah masa yang menentukannya.Aku senyum puas hati dengan pendirianku.

No comments:

Post a Comment