Thursday, 5 December 2013

kenangan kami ^_^

Assalamualaikum...

Hello semua..Alia tahu korang semuanya baik-baik belaka.Alhamdulillah Alia sihat.Malah happy lagi.Tapi agak pening kepala lah.Yela,Alia kan tengah type novel tu.So agak kepenatan lah untuk memikir ayat-ayat yang cun gitu.Hehe.
Ok.Hari ni Alia nak bercerita tentang hari selasa and rabu lepas.My Bff Nurul Majidah datang ke rumah Alia.Happy lorh.Maklumlah,dah lama tak jumpa.
Kami bercadang nak tengok wayang dekat city square,tapi tetiba tak jadi.Walaumacam manapun kami berjalan juga dalam city square tu.Serius sejuk.


ok..ini adalah gaya Alia.Just kenakan kemeja with cadigen.selendang corak.simple je.




kami berdua..sweetkn..hehe..
pastu,Alia jumpa kawan lama Alia,Nazrin Shawani namanya.Saja-saja je jumpa.Maklum dah lama tak jumpakan.Jumpa dia dekat tempat keje dia.Entah apa entah namanya.Lupa..Penat berjalan.Hehe.










hehe..ok la smpai sini dulu...
ade cerita selanjutnya...
bye!!!






Saturday, 30 November 2013

Kisah Cinta Tiga Sahabat {bab 4}

   Pejam celik pejam celik.Aku dah pun tamat pengajian dalam bidang akaun.Tinggal tunggu waktu nak graduasi je.Tak sabar rasanya.
   Aku bersiap-siap untuk keluar.Maklum,hari tu dah janji dengan Majidah.Padahal blom graduate.hehe.Takpelah.Rindu punya pasal.Ku sanggup rberenang di lautan api.Haha.Terasa diri ini poyo.
   "Mak,akak pergi dulu ye.Nak pesan apa-apa tak?"tanyaku kepada ibuku sebelim aku keluar.
   "Ye,mak nak nasi ayam penyek."jawab ibuku laju.
   "Amboi.Lajunya.ok la nanti akak belikan.Pergi dulu ye."Aku menyalami tangan ibuku.Minta restu keluar rumah.Hehe.
   "Akak!!!Adik nak nasi ayam.!"Adikku memanggil ku laju sewaktu aku sedang menyarungkan kasut di kaki ku.
   "Kurang asam kau.Duit mana?Pokailah aku macam gini kalau kau asyik kikis duit aku!"
   "Hehe.Nnati adik gantilah.Don't worry be happy."
   "Ok."jawabku ringkas.
   Semasa aku berjalan.Aku terserempak dengan kawan satu taman dengan aku.Nama dia Zulaikha.Dulu die gemuk.Takdelah gemuk mana.Agak berisilah.Tapi sekarang,fewwiitt,serius cun.Dah kurus sikit.hehe.
   "Woi Sharifah."panggilnya sambil menepuk bahuku.
   "Waalaikumsalam ustazah.Wah,ustazah sekarang pandai bergaya.So lawa.haha"ujarku kepadanya sambil ketawa terbahak-bahak.Rindu betul nak bergurau dengan minah yang seorang ni.
   "Kuat kau nganjing aku ye.Kurang asam.Lama tak jumpa kau.Ni nak pergi mana?"
   "Haha.Rindu dengan aku kan.Malam ni tidur rumah aku ok.Kita bergossip.Oh ye.Aku nak pergi angsana.Nak jumpa Majidah.Rindu jugak dengan dia.Eh!malam nie jangan lupa.Tidur rumah aky.Aku dah lambat ni.Bye Aiqa."ujarku sambil menepuk bahunya.Aiqa sekadar mengangguk.Aku pula meneruskan perjalanan aku menuju ke destinasi yang dituju.
****************************************
   'Mana Majidah ni.Lambat betul.Nasiblah.'aku berkata dalam hati.Daripada dulu sampai sekarang,mesti aku orang pertama yang menunggu.Sabar jelah.Aku menunggunya dekat KFC sambil membaca novel bertajuk Lafazkan Kalimah Cintamu.Biasanya aku akan baca novel pada waktu malam.Bagiku kalau baca waktu malam.Baru ada feel nak nagis,ketawa dan sebagainya.
   "Lafazkan kalimah cintamu."ujar satu suara yang pentingnya bukan Majidah.Aku mengalihkan novelku untuk melihat siapakah gerangan yang menyebut tajuk novelku.Seorang lelaki memakai kemeja kotak-kotak berseta seluar jeans.'siapa nie'tanyaku didalam hati.
   "Hai manis.Takkan tak kenal aku yang handsome lagi comel ni?"ujarnya sambil membuka kaca mata hitamnya.Aku terkejut.
   "Omg..omg..omg..Haris!!!ohh.Macam mana kau ada dekat sini.Omg macam mana kau boleh ada dekat sini.Apa khabar?Have a seat."terkejut aku bukan kepalang.Haris ni kawan aku dekat UPM.Memang tak sangka jumpa dia dekat sini.
   "Haha...Thanks.Kau buat apa dekat sini?Aku ada hal dekat JB ni.Dah settle.Aku jalan-jalan lah dekat angsana nie.Lepas tu kan aku terjumpalah seorang gadis yang sedang membaca novel.Ingatkan nak ngurat.Rupa-rupanya kau.Haha."
   "Kurang asam kau.Cili mulut tu kang.Naya je.Aku tengah tunggu kawan aku.Nak date."ujarku sambil tersenyum.Haris ni memang gatal.Kalau yang tadi dia tegur bukan aku.Dah lama agaknya dia tackle.Dengar cara dia bercakap pun aku dah tahu.Haris..Haris,tak ubah-ubah perangai.
   "Kau rindu aku ta?"tanya Haris.Aku tak kisah.Dia memang begini.Mengada-ngada terlebih.
   Baru sahaja aku ingin menjawab soalannya,telefonku berdering.
   "Sorry,I must go now.Bye.See you again."ujarku sambil menjawab panggilan.
   "Ha Majidah.Kau dekat mana?"
   "Aku dekat pintu masuk.Cepat datang sini.Aku tunggu."ujar Majidah seraya mematikan panggilan.Aku pula bergegas menuju ke escalator untuk menaiki tingkat dua.
   "Majidah!!!"aku memanggilnya.Majidah melambaikan tangannya kepadaku.Aku membalas seraya mempercepatkan langkahku.
   "Beb.Rindunya dengan kau.Fuh lamak.Makin cun siut."ujarku sambil memluknya erat.
   "Haha.Well,aku memang sentiasa cantik.Haha.So,kita nak kemana dulu?"tanya Majidah kepadaku.
   "Aku rasa kau lapar.Jom mencekik nak?"ujarku kepada Majidah sambil mengangkat keningku yang tidak bebetapa lebat nie.
   "Cantik sangat.Jom!!!aq memang lapar sangat ni."ujar Majidah sambil memgang perutnya.
   Aku dan Majidah mula berjalan menuju ke Marrybrown.Tiba-tiba tekak kami teringin nak makan bubur ayam MB.So apalagi,Bedal lah.Haha.
   "So,apa perancangan kau?Nak kerje dekat negara mana?"tanya majidah kepadaku setelah selesai kami menikmati hidangan yang kami pesan tadi.
   "Amboi kau ni.Tak adalah sampai ke luar negara.Menyanyah je kau ni.Aku rasa aku nak kerja dekat sekitar JB ni je.Ye lah doe.Mak dan Abah aku dah tua.Aku tak naklah jauh sangat.Kau mesti fahamkan."ujarku.
   "Tapi..."sambungku."Aku tetap satu rumah dengan kau.Don't worry la."
   "Oklah.Aku sokong kau.Aku faham."ujar Majidah menyetujui pendapat aku.
   "Jom lah jalan-jalan.Sebelum balik nanti aku nak belikan Mak dengan Adik aku makanan.Hehe."
   "Ok.Jom lah.Kita mesti beli satu barang kenangan."
   "Perangai tak berubah."Aku mengelengkan kepala seraya ketawa.Majidah juga turut ketawa.Aku dan bangun dan terus menaiki tingkat lima.Teringin nak main bowling katanya.Aku pun dah lama tak hentam bowling pin tu.Hehe.
****************************************
   Aku dan Majidah berjalan menuju ke tempat permainan Bowling sambil berbual.Sedang kami berjalan,aku dilanggar oleh seorang manusia yang tidak memandang kehadapan ketika berjalan.Geram aku dibuatnya.Majidah tanpa berlengah dia terus menjerit memarahi manusia itu.
   "Hello saudari,kalau dah langgar orang tu tak reti bagi minta maaf ke?Sombong gila!"marah Majidah.Majidah menarik tanganku agar aku dapat bangun semula.Aku mengibas seluarku.Takut kekotoran.
   Aku mengangkat mukaku mencari gerangan yang mekanggarku tadi.Dalam masa yang sama,perempuan itu memandang ke belakang.Aku terkejut yang teramat.Aku pandang Majidah.Begitu juga dengan Majidah.Kami sama-sama terkejut.Kami memandang kembali wajah perempuan yang berada agak jauh dihadapan kami.Aku menggosok mataku.Apabila aku membuka mata.Tetap orang yang sama.Lalu aku dan Majidah sama-sama menjerit.
   "Azura!!!!"laungku dangan Majidah.
   "Iena!!!Majidah!!!"jerit Azura juga.Tanpa berlengah aku dan Majidah segera berlari mendapatkan Azura.
   "Azura.Aku rindu sangat dekat kau.Sampai hati kau kan lupa dekat kita orang."ujarku.Aku menangis.Begitu juga dengan Majidah.Azura jangan cakaplah.Dia orang pertama yang mengalirkan air mata.
   "Aku pun rindu dekat korang.Mana boleh aku lupakan korang.Korangkan kawan aku.My best friend forever.Tak akan aku nak lupakan kau macam tu je.ujar Azura sambil mengesat air mataku dengan Majidah.
   "Kau nak kemana ni?"tanya Majidah selepas kami bertiga merungkaikan pelukkan tadi.
   "Aku jalan-jalan.Korang nak kemana.Jom jalan sama-sama.Disebabkan aku rasa aku yang bersalah.Hri ni Aku belanja korang.Ok?"ujar Azura.
   "Kita orang pun jalan-jalan juga.Bagus idea kau tu.Jom main bowling."ujar Majidah.Kami kembali ceria.
   "Jom."balas Azura.
   "Zura,sorrylah marah kau tadi.Emo sikit.hehe"ujar Majidah.Maklumlah,tadi dia melanggar aku sampai aku terjatuh.Tahu-tahu Azura.Kawan aku dengan Majidah yang dah lama betul tak jumpa.
   "Kau apa khabar?Apa cerita sekarang?"tanyaku semasa kami bertiga bersama-sama memakai kasut yang kami sewa tadi.
   "Aku buka bisnes.Bisnes tudung."ujar Azura.
   "Fuyyooo.Best gila.Cita-cita aku yang dulu tu.Haha."ujar Majidah teruja.
   "Tak adalah hebat mana.Biasa-biasa je.Oh ye.Jom lah kita duduk serumah bila kau orang dah kerja nanti.Dulukan kita pernah janji nak dudukl satu rumah."
   "Good idea."ujarku sambil menunjukkan ibu jariku.
   "Lepas ni.Kita tak akan terpisah.Amin!!!"ujar Majidah seraya memegang tangan aku dan Azura.
   Aku,Majidah dan Azura terus pergi ke tempat yang ditempah tadi.Bagi aku,hari ni hari yang paling best sebab aku dah pun jumpa kedua-dua kawan baikku ini.
****************************************
   "Eh,jom lah aku hantar korang.Sekali aku tunjuk rumah aku.Nanti bila korang nak pindah,korang cakap dengan aku.Aku ambil korang."ujar Azura memberi idea yang bernas.Aku mengangguk setuju.
   "Cantiklah idea kau.Eh,kau tinggal seorang ke dengan family."tanya Majidah.
   "Seorang.Aku barulah dekat rumah tu.Baru nak cari geng.Tetiba terjumpa korang.Memang tepatlah.Hehe."
   "Bagos jugak tu.Dah alang-alang kau ni bisneswoman,apa kata kau hantar Majidah dekat Simpang Renggam.Kita lepak kejab rumah dia,lepas tu baru hantar kau.Duit minyak kau tanggunglah ea.Kami belum bekerja ni.Hehe."ujarku.
   "No hal.Demi korang,jom ikut rancangan kau."
   "Itulah yang sebaik-baiknya.Haha"ujar Majidah membuat gaya ala-ala ustazah.Kami bertiga sama ketawa.Akhirnya,dapat jugak kami bertiga kembali bersama semula.Semoga Allah mengkekalkan hubungan kami sampai bila-bila.Hanya maut dapat memisahkan kami.Amin.
****************************************
   Azura tenang memandu.Aku duduk dibelakang,Majidah pula didepan.Bergaduh juga tadi,tapi aku lah yang mengalah.Maklum,paling tua dalam geng ni.Hehe.
   Telefonku berdering.Biasalah,ibuku yang menelefon.Risau bila aku lambat balik.Aku menjawab panggilan tersebut.Aku terangkalah daripada A sampai Z.Ibuku hanya menyetujui sahaja.Maklumlah,tak akan lah dia nak menghalang lagi.Umur aku pun dah 24 tahun.Bak kata ibu aku,dah boleh kahwin.Cuma aku je yang belum bertemu jodoh.Malaslah nak fikir pasal cinta ni.Tujuan aku sekarang nak kerja.Kumpul duit untuk beli rumah untuk ibu ayahku dan kereta.Adikku juga perlu aku tanggung pembelajarannya.
   Adik aku tu dah 20 tahun.Tak lama lagi dia masuk Universiti.Jadi akulah yang kena tanggung.Tak bolehla nak mengharapkan ayah aku.Dah tua.Kalau boleh aku nak ibu dan ayahku tu berehat saja.
   "Mak kau cakap apa Iena?"tanya Azura mematikan lamunanku.
   "Mak aku cakap ok lah.Tak akan nak kongkong aku lagi.Dah besarkan.Hehe."ujarku.
   "Amboi.Belagak betul.Haha."ujar Majidah dan Azura serentak.Aku hanya ketawa.Begitu juga dangan Majidah dan Azura.
   "Aku tak sangka dapat jumpa korang lagi.Dah besar dah kawan aku ni.Bila nak kahwin?"ujarku memecah kesunyian.
   "Mak ai.Cara kau cakap macam kau tak besarkan.Kau tu cakap orang.Yang kau tu bila nak kahwin?"ujar Majidah.
   "Hello,aku tanya kau dulu kan."Ujarku pula.
   "Aku On the way.Siapa-siapa yang aku berkenan,aku nguratlah."ujar Majidah.
   "Tak ubah-ubah perangai kau ni Majidah.Tak habis-habis menggatalnya.Haha."ujarku.Azura juga turut tergelak.
   "Aku dah menjawab.Kau?"tanya Majidah kepadaku pula.
   "Aku macam ni lah.Tiada siapa yang mahukan diri ini.Hikss."ujarku pura-pura kesedihan.
   "Tak payah poyo doe.Meluat diri ini tengok kau berbicara seperti itu."ujar Majidah sambil mengetuk kepalaku dengan botol air yang dipegangnya.
   "Haha.Biasalah,aku ni merendah diri orangnya.Aku dah,Majidah,kau pulak Azura?Apa cerita?"tanyaku kepada Azura yang khusyuk memandu.
   "Muka aku yang cantik ni takkan siapa yang nak kan.Confirmlah ada.Tapi baru je.Aku baru clash dapat yang baru."ujar Azura dengan bangganya.
   "Mak ai minah ni.Belagak sungguh."aku menonjol kepala Azura dengan jemariku.
   "Untunglah muka cun.Orang cina kata ada Ong.Haha."ujar Majidah pula.
   Aku ketawa terbahak-bahak.Perangai mereka semuanya tak berubah.Yang seoarang gatal,yang seorang couple clash couple clash.Hai,inilah bff aku yang paling aku sayang.Aku bersykur sangat dapat bertemu dengan mereka kembali.Alhamdulillah.
   "Ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga meskipun kini kita terpisah demi kasihnya."nyanyiku.
   "Namun cebisan kenangan kita,sentiasa bermain dibayangan mata,detik waktu yang berlalu,menjadi memori kau dan aku."sambung Majidah dan Azura.
   "Sewaktu kita bersama.Saling setia menimba ilmu,tanpa mengenal erti penat jemu.Ingatkah kau lagi.Kita bersama memijak onak duri ditanah gersang mengutip semangat suci.Kini segalanya tersurat dalam sanubari."nyanyi kami bersama-sama.
****************************************
   "Sampai juga ke rumah Majidah ni."ujarku sambil membuka pintu kereta.Begitu juga dengan Majidah dan Azura.
   "Welcome to my home.Come on baby."ujar Majidah membuat gaya poyonya.
   "Assalamualaikum."Majidah memberi salam.Aku dan Azura hanya menurut dari belakang.
   "Waalaikumsalam."ujar ibu Majidah."Eh Iena,Azura.Masuklah.Dah lama betul Makcik tak jumpa kamu berdua ni ye.Dah besar betul.Dah kahwin ke belum ni."sambut ibu Majidah.Aku dan Azura bersalaman dengan ibu Majidah.
   "Sihat je Makcik.Biasalah makcik,Tahun menginjak tahun.Besarlah kami seperti Majidah ni.Saya belum kahwin Makcik.Masi single.Azura ni sudah makcik.Haha"ujarku panjang lebar.Tergelak besar aku dan Majidah.
   "Eh!tak adalah makcik.Iena saja je buat cerita.Saya belum kahwinlah.Belum ada calon."ujar Azura membela diri.
   "Yeke tak ada calon?"tanyaku kembali sambil mengangkat kening mengejeknya.
   "Betullah."ujar Azura sambil mencubitku.Memang bisa.Aku mengerang kesakitan.
   "Ada-ada sahaja kamu ni.Duduklah dulu ye.Makcik buatkan air."ujar ibu Majidah.
   "Eh makcik.tak usahlah susah-susah makcik.Kami dah minum dah.Siap makan pun.Makcik duduk je.Berbual dengan kami nie.Lama betul tak jumpa makcik ye.Makcik sihat?"tanyaku ramah.Poyo tak?hehe.
   "Alhamdulillah sihat.Mak kamu sihat?"
   "Alhamdulillah.Mak saya sihat.tapi biasalah makcik,tak boleh kerja berat-berat.Umur pun dah lanjutkan."ujarku lagi.
   "Mak saya pun sihat."ujar Azura.
   Kami berbual-bual tentang pelajaran kami,dimana kami nak bekerja,dan sebagainya.Apabila dah terasa lama.Aku dan Azura meminta diri.Maklumlah,hari dah nak petang.Kalau aku balik malam,Tak kena bebel dengan ibu aku.
   "Kami balik dululah ye makcik.Makcik jaga diri baik-baik.Nanti kalau Majidah nak kahwin kami sedia membantu.Haha."ujarku sambil menyalami tangan ibu Majidah.
   "Kau ni Iena.Kesitu pula.Sekel karang."ujar Majidah sambil menjenggilkan matanya kearahku.
   "Alah,aku gurau je.Jaga diri baik-baik.Jaga mak kau ni"ujarku.Aku menyalami tangan Majidah,memeluknya dan mencium kedua belah pipi.Begitu juga Azura.
   Sewaktu aku dalam kereta,ibu Majidah bersuara lagi,"Kirim salam dekat keluarga."
   "Insyaallah."jawabku dan Azura serentak.Kami melambai-lambaikan tangan.Akhirnya kereta Azura bergerak meninggalkan perkarangan rumah Majidah.
****************************************
   Satu jam kemudian,aku dan Azura sampai kerumah aku.Penat berjalan jauh hari ini.Azura hanya sekejap menyinggah kerumahku.Maklumlah,dah malam,penat pula.Jadi hanya sekejap menyinggah.Setelah Azura pulang,aku masuk kebilik,relexkan diri sekejap.Selepas itu baru aku mandi.
   Hari ni hari yang paling penat bagiku.Mana tak nya,lepas main bowling,kita bergerak ke Simpang Renggam.Selepas itu patah balik.Aku rasa Azura lagi penat,sebab dia memandukan.
   Harapanku,hubungan persahabatan kami akan berkekalan sampai bila-bila.Amin.

Wednesday, 27 November 2013

Merdeka for STPM sem 1

Assalamualaikum...

hai korang..peace yo...asyik update lagu je..asyik update lagu je...sampai lupa nak update perkembangan diri sendiri...
okla...Alia nak beritahu bahawa yang Alia dah pun merdeka daripada menghadapi peperiksaan STPM sem 1 hari tu...hurm..not bad lah susahnya..haha...


nie la pic sebelum menghadapi peperiksaan Bahasa Melayu...
selepas jawab exam tu...kawan-kawan ajak makan mc donalds..maklum..kali ni Alia pergi and balik sekolah naik kawan Alia punya kereta...taklah penat sangatkan..hehe..











first time makan dekat mc donalds..boleh tahanlah sedap..hehe...
see..Alia seorang saja yang bertudung labuh..tapi diorang semua baik..don't worry..hehe...
ok lah..tahun depan..kami geng budak senai pergi sekolah naik kereta....yeah!!!!
ok la korang semua...Alia nak update benda lain..
take care semua..bye!!!





Friday, 22 November 2013

Lirik lagu katakan saja {Nabila AF2013}

katakan saja katakanlah
tak mungkin aku percaya
biarkanlah saja biarkan
biarkanlah ku tak bisa

katakan saja kau menyinta
jangan biarku merana
jika benar kau tak berdusta
hidup pastikan bersama

masih jelas ku ingat
ketika engkau dan aku mulai bertemu
hari makin menghilang
jika engkau tak putuskan

janganlah jangan kau cuba untuk menguji
hati yang kian lama berputik
kasih yang aku ada hanyalah untukmu
kasih yang kian lama berputik
jangan disisih
kau buat aku menangis

katakan saja kau menyinta
jangan biarku merana
jika benar kau tak berdusta
hidup pastikan bersama

masih jelas ku ingat
ketika engkau dan aku mulai bertemu
hari makin menghilang
jika engkau tak putuskan

janganlah jangan kau cuba untuk menguji
hati yang kian lama berputik
kasih yang aku ada hanyalah untukmu
kasih yang kian lama berputik
jangan disisih
kau buat aku menangis

katakan saja

Thursday, 21 November 2013

Lirik lagu percayalah {Indah AF2013}

aku masih mampu
meneruskan hidupku
hanya kerana janjimu yang
tulus mencintaiku

aku mencintaimu
aku menyayangimu
aku kan setia selalu
selamanya

percayalah..percayalah
walau dimana dirimu
hatiku hanya untukmu

percayalah..percayalah
sejauh mana dirimu
ku ingin kau tahu
you always in my heart

aku takkan sanggup
bila tak bersamamu
kerna ku yakin dirimu
tercipta hanya untukku

aku mencintaimu
aku menyayangimu
aku akan setia selalu
selamanya

percayalah..percayalah
walau dimana dirimu
hatiku hanya untukmu

percayalah..percayalah
sejauh mana dirimu
ku ingin kau tahu
you always in my heart

you always in my heart
you always in my heart
you always in my heart
selamanya

percayalah..percayalah
walau dimana dirimu
hatiku hanya untukmu
you always in my heart

sejauh mana dirimu
ku ingin kau tahu
you always in my heart

you always in my heart
you always in my heart
kau selalu di hatiku


Lirik lagu sepasang sayap {Faizul AF2013}

Bagiku satu masa untuk berkata
bagiku seribu masa untuk bicara
tak pernah sama maksud atau ketika
kerna sungguh aku mengerti

dibelai angin menutup kalbu
hijab ditutup tanda setuju

terbanglah dengan sepasang sayap
kan ku bawa hingga akhir angkasa
terbanglah kan ku pegang erat
hatimu yang telah jadi milikku selamanya

bagiku satu masa untuk berkata
bagiku seribu masa untuk bicara
tak pernah sama maksud atau ketika
kerna sungguh aku mengerti

terimalah aku yakini aku
sungguhpun aku ular berbisa

terbanglah dengan sepasang sayap
kan ku bawa hingga akhir angkasa
terbanglah kan ku pegang erat
hatimu yang telah jadi milikku selamanya

terbanglah dengan sepasang sayap
kan ku bawa hingga akhir angkasa
terbanglah kan ku pegang erat
hatimu yang telah jadi milikku selamanya
selamanya

terbanglah 
dengan sepasang sayap
terbanglah
dengan sepasang sayap

Lirik lagu hentian terakhir {Azhael AF2013}

hentian terakhir
hentian terakhir buat kita sampai sini saja

hentian terakhir...cinta yang akhir
hentian terakhir...cinta yang akhir
hentian terakhir...cinta yang akhir
hentian terakhir...cinta yang akhir

mula manisnya perjalanan kita indahnya
permandangan kau dan aku bersama-sama
landasan kita kukuh kasih kita utuh
gelap kita sama

sekarang rasa terhuyung hayang
didalam terowong panjang tiada hujungnya
ku rasa loya kau senyap saja
bila ditanya

aku perlukan kamu berterus terang
ada kita tak biasa ku seorang
aku boleh terima penjelasan apa jua
ada jalan selesaikan

aku perlukan kamu berterus terang
ada kita tak biasa ku seorang
aku boleh terima penjelasan apa jua
ada jalan selesaikan

hentian terakhir...cinta yang akhir
hentian terakhir...cinta yang akhir
hentian terakhir...cinta yang akhir
hentian terakhir...cinta yang akhir

oh sayang seribu sayangnya
dulu kau ku sayang
sekarang hanya sekadar kawan
dulu bukannya sekarang
hanyalah kenangan

aku perlukan berterus terang
ada kita tak biasa ku seorang
aku boleh terima penjelasan apa jua
ada jalan selesaikan

hentian terakhir...cinta yang akhir
hentian terakhir...cinta yang akhir
hentian terakhir...cinta yang akhir
hentian terakhir...cinta yang akhir

aku perlukan kamu berterus terang
ada kita tak biasa ku seorang
aku boleh teriam penjelasan apa jua
ada jalan selesaikan

Lirik lagu Mimpi {Aisyah AF2013}

ceritakan padaku
cerita yang terdahulu
kisah cinta yang pernah kau tahu
sempurna selalu pada kau dan aku

ceritakan semua
cerita kita cipta bersama
kisah terindah pernah ku rasa
selama pernah jantungku bernyawa

berdua hanya kau dan aku

andai ini hanya mimpi
tinggalkanku begini
biar terus ku lena
sampai kau tiba

andai ku hanya bermimpi
biar aku begini
biar terusku lena
sampai kau tiba

ceritakan padaku
ceritakan padaku selalu
kisah yang tak mungkin pergi lalu
selama akan hidupku denganmu

bersama mengharungi semua

andai ini hanya mimpi
tinggalkanku begini
biar terus terlena
sampai kau tiba

bawa daku ke angkasa
memetik bulan bintang
bawaku terbang bersama
jangan kau lepaskan
jangan kau tinggalkan semua
biar saja begini

biar terusku lena
sampai kau tiba

andaiku hanya bermimpi
biar aku begini
sampai ketemu lagi
aku disini

andai semuanya mimpi
biar saja ku terus begini
mahu terus kisah cinta kita
terus sampai hujung masa

Thursday, 14 November 2013

menyanyah sekejap :)

Assalamualaikum...

hai semua...agak2nye korang tengah buat apa ye??Alia??hur,mcm biasalah..nak exam kan..so kena study..tapi hari nie Alia tension sikit..so Alia updatelah blog..haha...
tadi Alia ade tengok 1 kad jemputan ni tau..hurrm..tengok nama..sedara Alia yang nak kahwin..I think it's sweet because sedara Alia syed..i mean keturunan arab macam Alia..haha..dia study dekat mesir..dia dengan kakak dia je study kat mesir..memang pandai..Alia??entahlah...harapan dapatlah berjayakan...
ok..sambung cerita tadi..Alia tengok kad jemputan tu...sweet siot..syad nak kahwin dengan sharifah..lepas tu kan..memang tak pernah nampak nama singkatan ade al dalam kad jemputan...
contohla..biasa dekat depan kad jemputan tu biasanya namanya pendek example iena & putera...haha..contoh
tapi sedara Alia nie..agak panjanglah..tak pernah jumpa buat masa ni..baru first time lah kiranya..
miftah al-kazimie
&
nasyitah al-khred
sweetkan??haha..agak2 Alia dapat tak ea kahwin dengan orang yang sama keturunan macam Alia nie...kebanyakkan abang sedara Alia nie kahwin orang yang sama keturunan...so tabikla dengan diorang..Alia taklah mengharap sangat..Alia tunggu jodoh yang ditentukan je..Alia terima dengan reda...
tapi kalau boleh nak lah yang handsomekan sebab maklum Alia nie takdelah cun sangatkan..haha
yang berkerjaya juga penting..InsyaAllah Alia akan sentiasa berdoa..
so..i think sampai sini je lah..nak sambung study weyh..nak pekse...4 days only..huhu...
so wish good luck for me ok...
good luck to you too...
bye...!!!

Lirik lagu sesaat untukku {Amira af 2013}

Kau datang lagi
seperti selalu seperti biasa
kau tak pernah jemu
temaniku dalam lenaku

kau buat ku merasa 
ku ada segalanya
kau buat ku merasa
hidupku sempurna

sentuh hatimu rasai kehadiranku
buka matamu lihatlah segalanya
agar kau tahu bahwa aku bukan wanita biasa
yang bisa kau sakiti

tetaplah jadi yang terbaik
biarpun sesaat sahaja
namun ianya bermakna bagiku

kau buat ke merasa
ku ada segalanya
kau buat ku merasa
diriku sempurna

sentuh hatimu rasai kehadiranku
buka matamu lihatlah segalanya
agar kau tahu bahwa aku bukan wanita biasa
yang bisa kau sakiti

Sunday, 10 November 2013

Lirik lagu Hukum Cinta {Bony}

Alkisah lalu aku berpesan pada yang bercinta
jangan sepertiku dulu berbuat selingkuh
aku kehilangan pacar tercinta kerna salahku
kini jadi pelajaran bagi semua yang mendengar

Cewek bila cinta mahunya setia
beri perhatian penuh padanya
cowok kalau sayang jangan coba curang
haruslah taat pada hukum cinta

hidup seperti buronan cinta cari kebebasan
pabila sudah terjerat baru terasa menyesal
aku kehilangan pacar tercinta kerna salahku
kini jadi pelajaran bagi semua yang mendengar

cewek bila cinta mahunya setia
beri perhatian penuh padanya
cowok kalau sayang jangan cuba curang
haruslah taat pada hukum cinta

Kini jadi pelajaran bagi semua yang mendengar
cewek bila cinta mahunya setia
beri perhatian penuh padanya
cowok kalau sayang jangan cuba curang
haruslah taat pada hukum cinta

Wednesday, 6 November 2013

Kisah Cinta Tiga Sahabat {bab 3}

   Aku mengulangkaji pelajaran di perpustakaan bersama Atika.Maklumlah,peperiksaan sudah hampir.Penggal akhir lagi.Memang takut.Insyaallah.Aku akan buat yang terbaik.
   Aku pergi ke rak buku untuk mencari buku berkaitan akaun.Semasa aku mahu pergi ke rak itu,aku terlintas di hadapan rak buku berkaitan pengajian arab.Aku berhenti seketika.Memegang buku-buku tersebut.Aku teringat zaman persekolahanku dahulu.Banyak kenangan manis aku dengan sekolah lamaku,kawan-kawanku,adik angkatku.Adik angkat??Haha.Tiba-tiba aku teringatkan adik-adik angkatku.Rindu pada mereka tatkala ini.Aku ada dua adik angkat.Seorang tu perempuan.Nama dia Nurafni Octavia.Dia ni pandai,baik dan cantik.Rindu betul dekat dia.Entah sekarang dekat manalah dia sambung belajar.Tidakku ketahui.
   Sewaktu aku berada di sekolah menengah,aku sering pergi dan balik bersama adikku ini menaiki bas.Maklumlah,keluarga kami berdua tidak mempunyai kenderaan.Kami juga suka matapelajaran yang sama iaitu matematik.Kadang-kadang kami belajar bersama-sama.Tapi antara aku dan Afni,dia lagi pandai.Pelajar terbaik sekolahlah katakan.Aku??biasa-biasa je.Hehe.Rindu betul dekat dia.
   Lagi seorang ni special sikit.Hehe.Seorang lelaki yang baik.Banyak kisah antara aku dengan adik angkatku yang seorang ni.Daripada kawan sekelas kepada kawan baik dan seterusnya menjadi adik aku.Nama dia Muhammad Syapiq.Sebaya dengan aku.Beza berapa hari je.Hehe.Aku rapat dengan dia pun ada sebab.Heha.Bila diingatkan kembali,rasa hendak gelak.Banyak kenangan yang lucu.
Walaupun dia ni agak pemalu,tapi dia ada satu perangai yang istimewa.Best tau dapat kawan dengan dia.Baik,memahami tapi satu je sifat dia ni.Pemalu.Hehe.
   "Hoi!!!Termenung lagi.Kau ni memang suka termenung ea?Pelik betul aku dengan kau nie." bebel Atika mengejutkan aku dari lamunanku."Kau ni nak baca buku akaun ke arab.Aduhai kau ni.Kau ni diserang virus cinta ke?senyum seorang diri.Takut aku."bebel Atika lagi.
   "Mana ada.Aku ok la.hehe.Cuma teringatkan kisah silam aku.Aku rindu betul zaman persekolahan aku.Kalau masa boleh diputarkan.Aku nak sangat kembali ke zaman itu."aku berkata sambil tersenyum.Memang rindukan zaman persekolahan dahulu.Kenangan suka,duka,manis dan pahit.
   "Dan masalahnya sekarang,masa itu tidak boleh diputar kembali.Sebab itu kau berada disini.So go on lah.haha."bicara Atika sambil tergelak.'Buat lawak pulak minah ni'aku bermonolog.
   "Hish kau ni.Melawak pulak.Dah pukul berapa ea?Jom balik."
   "Ha!baru ingat nak balik.Kalau aku tak sedarkan kau tadi,memang kau tak balik lah."
   "Hehe.Thanks kawan.Tapi kalau aku tak balik.Kau Tak makan.Hehe."
   "Ok fine!Jom balik."Atika menarik tangan aku ke meja.Mengemas barang-barang kami dan pulang ke rumah sewa kami.
****************************************
   "Hello.Assalamualaikum."aku menelefon Majidah.Rinduku terhadapnya sudah tidak tertanggung.
Sekadar ingin bertanyakan khabar dan memberi semangat untuknya menghadapi peperiksaan juga.
   "Waalaikusalam.Iena!!!Aku rindu kau sangat-sangat.Kau apa khabar?Lama tak dengar khabar kau."ujar Majidah penuh teruja.Rindu sangat pada aku katanya.haha.
   "Eleh.Rindu aku konon.Rindu taknak call.Merajuk."kataku.
   "Alalala.Jangan merajuk lorh.Aku takde dekat depan kau.Susah nak pujuk nanti."katanya memujukku.
   "Majidah.Aku rindu gila dekat kau.Kau tahu.Semenjak dua menjak ni,aku asyik teringat dekat kau je tau."kataku.Tiba-tiba air mataku mengalir dengan sendirinya.Rindu benar dengan sahabat aku yang seorang ni.Rindu nak bergurau dan bergaduh.
   "Alalala.Janganlah cry.Aku pun rindu dekat kau.Kau tengah buat apa sekarang?"
   "Aku tengah gayut dengan kau lah."
   "Kau ni.Bukan itu yang aku maksud.Aku tanya sekarang aktiviti kau apa?"
   "Hurm.Aku study je lah.Dah nak exam akhirkan.Kau pula?"
   "Samalah."
   "Good luck.Buat yang terbaik."
   "Itu pasti.Kau pun sama.Eh!lepas exam ni.Kita jumpa nak?Kita bincang dekat mana kita nak kerja dekat mana lepas graduate ni.Yang penting kita mesti satu rumah.Ok?"
   "Terlebih ok.Hurm.Oklah.Aku nak tidur.Kita akan jumpa lepas exam ni.Janji?"
   "Janji.Ok Iena.Good night."
   "Good night."
   Aku mematikan telefon.Tenang sikit tidur aku malam ni.Tiba-tiba,aku teringatkan Syapiq,adik angkatku.'Apalah yang dia tengah buat sekarang.Dah lama tak dengar berita dia.Rindu siut.Eh!aku lupa nak gossip pasal Syapiq dekat Majidah.Hehe.Teringat waktu dulu.Masa Syapiq minat dekat Majidah'.
****************************************
   "Hoi Majidah.Sejak bila kau suka kacau Syapiq.Kesian dia.Dah lah pemalu.Makin kau kacau dia.Nanti satu hari dia jatuh hati dekat kau.Aku taknak tanggung ea."kataku sewaktu kami baring-baring diatas katil masing-masing.
   "Ah!takkan sampai macam tu nya.Kau ni macam tak kenal aku je.Aku kan memang suka kacau orang"
   "Haha.Memanglah.Tapi hati-hati.Jangan sampai dia jatuh hati dekat kau sudahlah.Hati manusia mudah cair la ngek.Aku bagi peringatan je.Haha."
   "Kalau dia minat aku.Aku nak campak Danial dekat mana?"
   "Campak dekat hati aku.Aku masih solo lagi.Hahaha."
   "Uit.Mana boleh.Danial aku punya.Kalau aku campak Danial dekat hati kau,Shahril nak campak mana?"
   "Ala.Aku je yang minat dia.Dia tak minat aku.So aku buang je lah.Hehe."
   "Sama je kalau aku bagi Danial.Dia tak minat kau jugak.Haha."
   "Dia tak minat kau jugak.Haha."
   "Kurang asam kau.Amek ni!!!"Majidah melemparkan bantal di mukaku.
   "Amboi.Main kasar nampak.Amek balik!!!"aku melemparkan kembali bantal dimukanya.Kami berbalas-balas sambil ketawa.Adik-adik junior yang melihat kami juga ketawa.Sesungguhnya,aku rindukan kenangan manis antara aku dan Majidah.
****************************************
Konichiwa!!!Konichiwa!!!Konnnichiiiwaaaaaa!!!!!.Bunyi alarm handphoneku.Aku melihat jam.Sudah pukul 5.30 pagi.'bila masa pula aku tertidur'aku bermonolog.Aku bangun dari pembaringan.Seperti biasa.Aku bamping sebelum mandi.Petua.hehe.
   "Iena.Kau da bangun belum?"ujar Atika dari luar bilik.
   "Dah.Baru bangun."
   Suara Atika sudah tidak kedengaran.Aku mandi.Setelah itu bersolat.Pagi ini,hausemate aku ajak jogging.Ikut je lah.Daripada terperap dekat rumah.Baik keluar.
   Aku mengenakan seluar tracksuit hitam,t-shirt berwarna pink dan sweater putih.Aku mengenakan tudung berwarna pink.Just a simple.Setelah siap,aku keluar dari bilik.Aku hanya melihat Linda sahaja yang sudah siap.Aku menuju kearahnya.Duduk disebelahnya.
   "Oit.Mana yang lain?"tanyaku.
   "Kau ni macam tak kenal je dia orang tu.Kalau bersiap.Memang lambat.Yang kau ni.Asal nampak macam manis je?"
   "Manis apanya.Biasa je lah.Haha."
   "Ha!!Kau nak usha orang ea?"
   "Ish kau ni.Merepek je lah.Mana budak-budak ni.Lambat betul lah.Tipah!!!Tika!!!cepatlah.Kita dah lambat."jeritku memanggil mereka.
   "Sabar boleh tak.Aduh.Kecohlah lu.Alamak."ujar Tipah mengejutkan aku dan Linda.
   "Huh.Jatuh semangat aku."kataku sambil mengurut dada.Terkejut.
   "Hahaha.Padan muka.Woi Tika.Cepatlah.Nanti Iena membebel."ujar Tipah.
   "Kurang asam kau Tipah.Bila masa aku membebel.Sembelih kang."kataku membuatkan Tipah ketawa besar.
   "Woi.Bising-bising pula.Dah jom."ujar Tika.
   "Aduh.Kecoh lah lu minah.haha."ujar Tipah lagi.
   "Apa kecoh-kecoh.Sekel kang.Naya je."ujar Tika.
   "Seorang nak sembelih.Seorang nak sekel.Baik aku cabut.Cabut!!!"ujar Tipah sambil berlari keluar.
   "Tipah ni.Perangai macam kanak-kanak.Nasib baik comel.haha"ujar Linda sambil menggelengkan kepala.
   "Haha.Dah lah.Jom kita jogging."ujarku.Linda dan Tika mengangguk.Kami bertiga pun keluar. Dan bagiku mungkin inilah kali terakhir kami jogging sama-sama.Maklum,lepas habis belajar.Semua dah buat haluan masing-masing.Insyaallah aku takkan lupakan kenangan manis kami di sini,Universiti Putra Malaysia.
****************************************
   Aku terlihat Latifah sudah terduduk kepenatan.Aku tergelak bila melihat dia terduduk.Semalam exited nak jogging.Tapi dia yang penat dulu.Tipah,Tipah.Nasib baik comel.
   "Ehh!!!Kau orang jogging lah.Aku dah penat tak larat."ujar Tipah sambil termengah-mengah.
   "Aku pun penat."ujar Tika.
   "Kalau kau orang penat.Aku pun penat"ujar Linda pula.
   "Kalau kau orang penat,aku belum lagi.Kau orang kalau nak balik,baliklah dulu ea.Aku sambung.Bye!!!"ujarku sambil melambaikan tangan.
   Aku menyambung aktivitiku tadi.Hari ini aku mahu melapangkan mindaku.Termenung pun okay juga.Yang penting,aku nak tenangkan fikiran aku.
   Aku berlari perlahan-lahan sambil memerhatikan keadaan sekeliling.'Indah sungguh ciptaan Allah S.W.T'ucapku dalam hati.Tapi permerhatianku terganggu apabila tiba-tiba aku dilanggar lalu terjatuh."Aduh!"ujarku.
   "Hello,Mata you letak dekat mana?Buta ke?"marah seseorang kepadaku.'Amboi,dia yang langgar aku sampai jatuh,aku yang kena marah.Dia yang tak jatuh pun boleh marah aku yang jatuh ni.Tak patut betul.'kutukku dalam hati.
   "Sorry..sorry.Saya tak sengaja."ujarku sambil memicit-micit kakiku.
   "Senangnya you minta maaf?"ujar lelaki itu kembali.Aku berasa pelik.Dia yang tolak aku sampai jatuh.Dia yang marah aku.Bukan nak tolong.Teruk betullah.Geram aku.Aku pandang wajahnya.
   "Maaf encik saya tak sengaja."ujarku lagi.Lantas aku bangun dan berlalu.Malas mahu bergaduh dengan orang yang tidakku kenali.Hello,ini bukan cerita novel yang selalu aku baca.Hendak bergaduh-gaduh bagai.Selepas itu kahwin.Alahai.
   Hilang mood aku hendak rehatkan minda.Ini semua gara-gara mamat poyo tu.Tapikan,bila aku melihat wajah mamat poyo tu,aku macam kenallah.Tapi siapa ea.Entahlah.Biarlah,aku nak balik.Sekejap lagi aku ada kelas.


Tuesday, 5 November 2013

Kisah Cinta Tiga Sahabat {bab 2}

   Pejam celik pejam celik.Aku telah pun menamatkan zaman persekolahanku.Result aku pun turut membanggakan.Alhamduillah.Aku bersyukur kepada Allah.Kawan baikku Majidah juga tidak kurang hebatnya.Kami sama-sama berjaya.Tetapi kami tetap tidak dapat melanjutkan pelajaran ditempat yang sama.Sekarang aku melanjutkan pelajaranku di UPM dalam bidang Bachelor Of Accounting,manakala Majidah pula menyambung pelajarannya di UIA dalam bidang syariah. Walaupun kami berjauhan.Kami tetap berhubung melalui telefon.
   Tiba-tiba aku teringat kisah silamku bersama Majidah.Ada yang manis jua yang pahit.Aku ketawa sendiri.
****************************************
   "Majidah,aku nampak Aliff."
   "Mana??mana??"
   "Tu lah.Yang pakai baju warna coklat tu."
   "Ok!!aq dah nampak.Handsome gila." kata Majidah penuh dengan perasaan teruja.
   "Kawal perasaan tu.Hahaha.Aku tahu kau exited."
   "Mestilah.Dah minatkan.Haha."
   "Kau memang.Menggatal je tahu.Nasib baik dengan aku je.Hahaha"
   "Of course.Kitakan tahu rahsia masing-masing.hehe."
   "Haha.Dah lah tu.Makan.Nanti orang semua dah balik asrama.Kita tak siap-siap makan."
   "ok.ok."
****************************************
   "Woi!Termenung je kau ni.Termenungkan siapalah tu.Mesti Boyfriendkan??" Kawan aku Atika menyedarkan aku dari lamunan panjang ku.Atika ni lah kawan satu universiti dengan aku.Satu rumah sewa.Tapi berlainan course.
   "Astagfirullah"aku mengucap."Kau ni.Terkejut aku.Cuba bagi salam.".Marahku padanya.
   "Aku dah bagi salam.Kau yang tak dengar.Asyik termenung je.Mana nak dengar orang bagi salam.Janganlah marah.Sorry ok??"kata Atika sambil mengerlipkan matanya.
   "Haha.Tak marah pun.Cuma tinggikan suara.Kau dah makan?"
   "Belum lah.Pergilah masak.Aku lapar."pinta Atika sambil buat muka.Atika memang manja orangnya.Budak lelaki kalau suka dekat dia,mesti terpikat sebab sifat manja dia.Aku??hehe.Entahlah.Seumur hidup aku.Aku tak pernah merasai perasaan cinta.Selalunya,aku yang bertepuk sebelah tangan.Kiranya tak ada orang yang minat dekat akulah.Maklum,aku ni tak lah cantik mana.Tak ada perkara yang menarik pun tentang diri aku ni.
   "Hoi.Aku suruh kau masak.Bukan suruh kau termenung.Ayoyo."tegur Atika.
Sekali lagi aku terkejut."hurm.Ok ok.Kau nak makan apa??"
   "Apa-apa je lah.Asalkan bukan kayu,tiang elektrik,kabel"jawab Atika selamba.
   "Kau ni.Aku bagi makan kayu nanti.Baru kau tahu."Atika hanya tersenyum lebar.Aku bergerak ke dapur.Membuka peti ais.Berfikir mahu masak apa.Sedang aku menyiapkan hidangan,aku teringat kisah lama tentang cinta aku dan kawan-kawan baikku.
   Dahulu,sewaktu sekolah menengah,aku bersekolah di SMA (Arab) An-Nur Benut Pontian.Batch aku ni famous dengan kes bercinta.Ramai betul yang berpasang-pasangan dekat sekolah tu.Macam Amir Irsyad dengan Zairyen Zuaikha.Hanis Afiqah dengan Nizar Irfan.Afifah dengan Huzaifi. Amalina dengan Iqbal.Hidayah Ma'mor dengan Fakhri.Banyaklah.Aku??Aku ni tiada siapa yang minat.Aku minat orang adalah.Adalah seorang budak ni.Nama dia Shahril.Aku suka dia.Aku tak tahu apa kelebihan dia.Dah lah pendek,hitam tapi dia hensem.Selama aku dekat sekolah tu,dia tak pernah tahu aku suka dia.Yang tahu cuma Majidah,kawan-kawan studygroup aku dan orang yang aku percaya.
   Bila diingatkan balik.Aku malu sangat.Aku selalu kirim salam dekat dia.Bila dia tahu aku minat dia.Aku rasa aku bodoh sangat waktu tu.Sepatutnya dia tak perlu tahu.Tetapi dah takdirkan.Aku terima dengan redha.Nasib baik dia tahu selepas aku keluar dari sekolah.Jadi tak lah malu sangat.hehe.
   Dan sekarang.Aku takut nak jatuh hati pada orang.Takut kecewa.Tapi aku sentiasa mengharap ada orang suka dekat aku.Tapi,tak ada sampai sekarang.Aku redha.Kalau takdir aku tak kahwin pun.Aku terima dengan redha.
   "Atika.Jom makan."aku panggil Atika apabila makanan sudah siap aku masak.
   "Hurm sedapnya.Ayam masak merah.Favorite aku beb.Hehe.Thanks sayang."
   "Sama-sama.Pergi panggil Linda dengan Latifah.Nanti kalau tak diajak.Merajuk."aku menyuruh Atika memanggil hausemate aku yang lain.
   Sekarang,aku nak straight untuk study.Taknak fikir-fikir pasal cinta.Biarlah masa yang menentukannya.Aku senyum puas hati dengan pendirianku.

Kisah Cinta Tiga Sahabat {bab 1}

Kau ada dikala ku suka
dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
pegang erat tanganku bila aku jatuh
kau lah yang selalu
selalu menemaniku
mendengar kisah pahit manis hidupku
kaulah yang disitu
setia menungguku
kaulah yang satu
menjadi sahabatku

   Lagu sahabat nyanyian Najwa Latif kedengaran dicorong radio.Tiba-tiba aku teringat sahabat-sahabatku.Rindu dengan mereka tidak tertanggung.Teringat kembali saat-saat suka dan duka bersama.
   Kini umurku sudah mencapai 18 tahun.Aku sudah terpisah dengan kawan baikku.Tapi bukan bermakna berpisah tidak berhubung langsung.Aku sering juga menghubungi mereka melalui telefon dan facebook.
   Rindunya dengan mereka.Entah bila dapat berjumpa.Maklomlah,kami terpisah dari tingkatan 5.
Sekarang aku sedang melanjutkan pelajaran di sekolah sebagai pelajar tingkatan 6 ataupun digelar pelajar Pra-U.Kawan baik aku juga melanjutkan tingkatan 6,tapi kami tidak satu sekolah.Aku sekolah dekat SMK Tunku Abdul Rahman Putra Kulai manakala kawan baikku ini sekolah di SMKA Segamat.
   Pada awal permulaan tingkatan 6,aku melanjutkan pelajaran di SMKA Segamat,tetapi aku berpindah sebab aku mahu menukar course.Disebabkan itu kami berpisah..Sedih tapi nak buat macam manakan.
   Tapi aku ada lagi seorang kawan baik.Kami tidak satu sekolah lagi semenjak kami tingkatan 5 awal tahun.Dia terpaksa pindah sekolah sebab ayah dia yang suruh.Kami tak dapat menghalang.Aku sangat terasa akan kehilangannya.
   Menunganku terhenti apabila telefonku berdering.Ahh!!abg angkat aku.Sibuk betul dia ni..kacau lamunan orang.
   "hello" aku jawab juga panggilannya.
   "hai adik,kenapa lama tak mesej??"
   "adik buzylah.Exam nak dekat.Nanti kalau adik free adik mesej lah."
   "ok.sekarang adik buzy ke??"
   "mestilah buzy.nak study!!!"aku mula rasa rimas.
   "takpelah kalau macam tu".Talian termati.'marah lah tu'aku bermonolog.
   Aku mencapai buku sejarah.Aku menyelak helaian satu persatu.Mencari tajuk yang ingin aku ulangkaji.Tetapi aku rasa malas sangat.
   Aku termenung lagi.Mengingati kisah-kisah manis antara aku dan sahabat-sahabatku dulu.
Sahabat baikku namanya Nurul Majidah Binti Amirul atau dipanggil Majidah.Yang lagi satu namanya Siti Azura binti Azaman atau dipanggil Azura.
   Ok stop!!I must study.Exam nak dekat.Kalau nak sambung berangan tunggu lepas exam.haha.Yang penting,aku rindu sangat dengan kawan-kawan aku.

My Karya

Assalamualaikum...

hai semua...dah lama betul tak update ini blog...
maklumlah..buzy..hehe...
oklah..malas nak panjang2kan mukadimah...
sebenarnye...Alia minat menulis novel nie...
so Alia teringin nak create sebuah novel...
kira nak promote kat korang....
belum karang lagi...
baru nak merancang...
harap2 korang sokong Alia ea...
Alia akan create 1 bab ke 1 bab...


hehe...tu lah covernye...saje2 je tu...
so..Alia mengharapkan sokongan anda semua...
bila ade masa lapang...Alia akan type cerita2 tu bab by bab..
harap ia tak membosankan...
selamat membaca!!!!
kalau nak baca..tick dekat my karya k..


Saturday, 26 October 2013

senyum semangat {smash}

hey,we back
get back we us again,urgh
yeah check,check this out

sempat ngerasa sedih
karna sering dibuli
lelah jadinya malu
kerna dicibir mulu

bukannya ku tak mengelak
kata-kata yang kasar
bukannya ku tak peduli
semua caci dan maki

senyumanku tak akan pernah luntur lagi
singging all day long
semangatku tak akan patah lagi
dancing all night long

gak ada lagi keki
ada kamu dihati
hidup cuma sekali
marilah kita happy

awalnya ku tak menyangka
dapatkan senyum darimu
akhirnya ku bahagia
menari kita bersama

senyumanku tak akan pernah luntur lagi
singging all day long
semangat ku tak akan pernah patah lagi
dancing all night long

tak peduli ku dibuli
omongan lu gue beli
cacian lu gue cuci
dengan senyuman prestasi

tak pernah ku malu
karna cibiranmu
ku jadikan motivasi untuk maju
no more mellow say no to galau
no more tears say no to fear

lets dance together all day long
lets dance togethet all night long
lets dance together all day long
lets dance together all night long

senyumanku tak akan pernah luntur lagi
singging all day long
semangatku tak akan pernah patah lagi
couse you blast me up


ukhuwah mahabbah {sma (arab) annur}

indahnya hidup berkasih sayang
ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
seerat simpulan seteguh ikatan
begitulah kita diibaratkan

menjadi harapan umat yang diwariskan
melangkah seiringan membina perpaduan
yang hidup saling memerlukan
yang susah sama dihulurkan

biar berbeza asalnya kita
saling membentuk berkasih mesra
akhlak mahmudah jadikan amalan
wahyu illahi buat pedoman

mari kita berpimpin tangan 
memperkukuhkan ukhuwah
memperkasakan ummah
jangan biar ia diruntuhkan
kelak membawa persengketaan
yang hidup saling memerlukan
yang susah sama dihulurkan

relakan jiwa {hazama}

kusangka hidupku
selamanya kelam
dibelenggu ikatan tanpa manisnya cinta

memaksa diriku
menapaki jalan
arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku

kini kau pun hadir
beri cahaya
membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri

menuntun hatiku
ke palung asrama
seakan ku hidup kembali dari matiku

engkaulah cinta
yang selama ini aq cari

ku relakan jiwa
tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
yang mampu melarutkan setiap sepi aku

seandainya waktu
tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
akan kubiarkan mati hatiku selamanya
sehingga kau datang membangunkan aku

Tuesday, 15 October 2013

hang out with my beloved bff

Assalamualaikum...


muka happy tk???hehe..mestilah happy...jumpa my bff...
mestilah korang kenal...kan Alia pernah cerita...


ini dia!!!cun kn!!niekn majidah..bff kesayangan Alia..hehe...
setelah hampir setahun kami tidak berjumpa...
akhirnye kami dipertemukan...alhamdulillah..rindu gila dekat bff Alia nie...Alia tengok die makin kuruslah...haha..untunglah..turun naik tangga je kt smkas tu..hehe
kami berdua berjalan-jalan habis-habisan dry tengahari sampai ke petang baru balik...
kite orang gi angsana..pergi larkin..pergi kulai...
best tapi memenatkanlah...haha...
dan akhirnye..majidah tidur di rumah Alia..happy gila...
siap beli cerita kat astro...tjuk nya Pee Mak..mmg kelakar...haha
dan keesokkan harinye...die balik..enth bila lah dapat berjumpa lagi...huhu...


sampai2 je angsana..kite orang menuju marrybrown..mklum..lapar..haha


macam kembarkan...haha...




posing2 sikit...hehe...

sekian saje...bye!!!