Tuesday, 9 April 2013

story about plkn 4 :)

Assalamualaikun...

kita sambung lagi ea cerita nie...dulu waktu belajar dekat kelas cb (plkn) cikgu ada ajar kalau dia sebut "hai" kita sebut "hello" kalau die sebut "hello" kita sebut "hai" kalau die sebut "hai hai hello" kita sebut "hello hello hai"...memang best kalau main-main jawab benda tu...

hari tu Alia cerita tentang pembelajaran Alia didalam kelas atau dengan nama lain Multiskill (indoor)..hari ni Alia nak cerita tentang aktiviti fizikal (outdoor)..antara multiskill and fizikal...Alia lebih suka kelas fizikal...tak serabut kepala otak ni...

dalam kelas fizikal Alia belajar cara-cara tengok kompas...cara-rawat pesakit yang kecemasan dan macam-macam lagi..ada salah satu aktiviti ni kita kena bawak air dalam baldi..kena guna satu alas..25 orang kena ada dalam alas tu dan kita orang tak boleh jejak mana2 selain alas tu...aktiviti ni memang mnyeronokkan...best giler...haha

selain itu,dalam aktiviti fizikal Alia join masuk hutan,belajar berenang,dan sebagainya..memang seronok sangat...

selepas belajar tentang fizikal...kita orang ni kira ada ujian lah..nama dia wirajaya..aktiviti nie merangkumi semua..dari aspek keselamatan,buat khemah,pangkalan,hiasan,masakkan,semuanya lah...aktiviti ni memang best gila...

aktiviti yang Alia paling suka ialah kembara halangan,tali rendah dan tali tinggi...

Kembara halangan ni contohnya panjang dinding..jadi buaya..mcm tu la...

tali rendah nie aktiviti dia berkaitan penyelesaian masalah..

tali tinggi pula main flying fox...

waktu kembara halangan...Alia lepas semua halangan kecuali monkey bar..sampai tangan Alia luka gara-gara berusaha nak lepasi monkey bar tu...asal sampai tengah jatuh...geram tol..what ever pun memang best sangat...

tali rendah pun best juga...mula-mula kita orang kena main satu permainan..kita orang ni ibarat dekat kapal tetanic yang karam...so kita orang kena selamat kan diri...ade 4 tayar kat situ so kita orang yang jumlah nye 23 orang kena masuk kat 4 biji tayar tu tanpa jatuh seorang pown...ok la memang berjaya...lepas tu kita orang kena berdiri atas sebatang paip yang memang besar..tu pown best..lepas tu kita orang kena melalui tali yang halus...ada caranya lah..memang best...tak tipu..

and last sekali tali tinggi...yang ni Alia memang sedih sangat sebab tak dapat main...tiba-tiba tali kabel tu putus...memang terkilan gila...tapi nak wat macam mana kan..tak ada rezeki namanya...

Alhamdulillah kebanyakkan aktiviti yang Alia jalani memang menyeronokkan...

nanti Alia sambung lagi ye...tinggal dulu...bye!!!!     

No comments:

Post a Comment