"Assalamualaikum."aku memberi salam.Aku baru saja pulang dari pejabat aku.Kerja yang terlalu banyak membuatkan aku kepenatan utnuk hari ini.
Aku membuka pintu.Kelihatannya rumahku sunyi tak berpenghuni.'Mana Majidah dengan Azura'aku bermonolog.Aku menghidupkan lampu diruang tamu.Tiada sesiapa.'Mungkin diorang dah tidur kot.'aku menganggak.
Aku mendaki tangga untuk menuju ke kamarku.Aku nak mandi,solat dan terus tidur.Penat sangat hari ni.Aku membuka pintu kamar tidurku dan terus membuka lampu.
"Happy Birthday!!!"aku terkejut mendengar ucapan tersebut.'Ya Allah,hari ini hari lahir aku,aku terlupa.'Aku mengetuk dahiku.Sibuk bekerja sampai aku lupa yang hari ni hari lahir aku.
"Woi minah!!!kau lupa birthday kau ke?Muka blurr semacam je."ujar Azura.
"Thanks.Serius aku lupa.Hehe."aku peluk kedua-dua kawan aku yang paling aku sayang.
"Kau tak pernah lupa birthday kau ngek.Tiba-tiba je lupa.Buzy sangat ke kak oi."perli Majidah.Aku hanya tersenyum.Hilang kepenatan aku.
"Hello,Assalamualaikum."Ibuku yang telefon.
"Waalaikumsalam,Selamat Hari Lahir."ujar ibuku.Gembira hatiku.Memang hilang kepenatanku bekerja tadi.
"Mestilah ingat.Sibuk tak?Datanglah rumah.Bawa Majidah dengan Azura.Kita buat doa selamat sikitlah."
"Ha ye lah.Mak tunggu.Bawa kereta hati-hati.Jangan laju-laju sangat.Biar lambat..."
Aku mematikan talian.Ibuku menyuruh agar aku balik kerumah.Sambut birthday la tu.Alhamdulillah.Rezeki Allah.
"Sedapnya.Dah lama betul tak melantak pulut kuning nie."ujarku.
"Jangan makan banyak-banyak,nanti gemuk.Haha."perli Majidah.
"Kurang asam lah tu.Ishh!!!"aku memukul lengan Majidah.
"Assalamualaikum..."ada orang memberi salam dari luar.
"Waalaikumsalam..."jawab kami yang berada di dalam rumah.
"Siapa pula yang datang.Mak ada jemput siapa-siapa ke?"tanyaku.
"Tak ada pulak.Adik pergi tengok siapa yang datang."
Adik aku pun pergilah membuka pintu.Aku masih lagi duduk di meja makan.Masih menikmati pulut kuning yang ibu aku buatkan.Sedap wooohhh.
"Akak,ada orang nak jumpa akak ni."jerit adik aku.
"Siapa lah siut.Mengacau je aku nak makan."bebel aku sambil menuju ke singki."Sekejap!!!"jeritku sambil membasuh tangan.
Tiba sahaja di muka pintu,aku terkejut bukan kepalang.Mestilah korang nak tahu siapa yang datangkan?Siapa lagi.Mamat yang nama Adam tu lah.Adam ni dulu pernah bercintan-cintun dengan waktu aku tingkatan 5.Dah lama tak jumpa,tiba-tiba muncul pula.Sakit hati aku.
Mesti kamu semua nak tahukan kenapa aku jadi menyampah dengan mamat ni.Dulu waktu bercinta,dia dah melamar aku,siap bawa parents dia lagi jumpa parents aku.Waktu itu aku perangai keanak-anakkan lagi.Mana lah tahu apa-apa.Tingkatan 5 kot.Exited la jugak.Tiba-tiba sebulan selepas itu dia hantar kad jemputan kahwin dia dengan perempuan mana entah.Kalau kamu semua jadi diri aku mestilah korang marahkan.Tapi apakan daya.Aku bukan boleh buat apa-apa.Aku redhakan je lah.Sebab waktu tu aku masih pelajar sekolah.So lebih baik belajar daripada bercinta.
"Ohh.Nak apa datang.Macam mana boleh tahu pula rumah ni?"aku bertanya.
"Tanya jiran awak yang dulu tu."ujar Adam.Geli pula telinga aku dengar suara dia.
"Nak apa datang?"tanya aku.Malas nak melayan dia.
"Hari ni kan birthday awak.So saya datang lah nak bagi present."ujarnya sambil menghulurkan sejambak bunga ros merah dan sekotak hadiah yang dibalut kemas.
"Buat susah-susah je.Daripada bagi saya,baik bagi isteri awak yang dekat rumah tu."ujar aku.'Eh mamat ni.Dah kahwin pun still miang lagi.Semua lelaki memang macam ni ea.Ishh,geli aku.'aku berkata dalam hati.
"Ini untuk awak.bukan untuk dia."ujarnya.Naik menyampah aku tengok.
Aku malas nak melayan mamat ni lebih lama lagi.Jadi,aku terus mengambil pemberiannya.
"Ok,Thanks.Boleh balik sekarang.Sekejap lagi pun saya nak balik rumah saya."ujar aku.
"Sebelum itu,saya hendak nombor telefon boleh.Senang hendak contact kalau ada apa-apa hal."ujarnya selamba.Aku membeliakkan mata.'Mamat ni dah gila ke?Woi!ko dah ada bini lah!'jeritku dalam hati.
Tanpa melengahkan masa aku terus tutup pintu.'Dasar lelaki tak sedar diri'marahku.
"Oklah mak,dah malam ni.Lain hari akak datang lagi ye.Esok nak kerje."ujarku sambil menyalami tangan ibu dan ayah aku.
"Ha ye lah.Baik-baik bawa kereta.Jangan laju-laju sangat."pesan ibuku seperti biasa lah.
"Nah!Hadiah untuk akak."ujar ayahku.
"Untuk akak ni?Terima kasih abah."aku tersenyum ceria.
"Ok mak,abah,kami balik dulu ye."ujarku apabila kereta ku hendak bergerak.Ibu,ayah dan adik aku hanya melambailan tangan.Aku membalas sambil bergerak meninggal perkarangan rumah ibu ayahku.
****************************************
"Woi Iena,siapa bagi bunga ros nie?"tanya Azura yang berada ditempat duduk belakang.
"Adam."jawabku malas.
"Adam?Adam mana pula?"tanya Azura.Azura memang tak kenal Adam tapi Majidah kenal.
"Bekas pakwe Iena.Dulu waktu Iena dekat rumah lama,Adam tu duduk sebelah rumah Iena.Dulu bercinta,siap bawa parents dia jumpa parents Iena.Tapi sebulan lepas tu dia kahwin dengan perempuan lain."cerita Majidah bagi pihak aku.
"Oh!Aku baru tahu."ujar Azura sambil menganggukkan kepalanya.
"Aku dah lupakan dia.Entah macam mana boleh muncul pula mamat tu.Tension aku.Namanya dah kahwin tapi menggatal macam belum kahwin."ujarku geram sambil menumbuk setereng kereta.
"Sabar Iena.Biasalah tu.Kau tak payah layan mamat gila tu ok."ujar Majidah.Aku hanya mengganggukkan kepala ku sambil meneruskan pemanduanku.
****************************************
Aku menjalankan tugasku seperti biasa.Penat itu biasa apa bila kita bekerja.Apabila sudah bekerja kita akan rindu pada zaman sekolah.
Aku melentokkan kepalaku kekiri dan kekanan.Lenguh disebabkan kerjaku yang tidak henti-henti menghadap komputer.
"Iena,masuk kebilik saya sekejap."Bos aku memanggilku.Aku ni agak segan sikit dengan bos aku ni.Maklumlah,dah lah handsome,berkarisma,kaya,dan baik.Semua kawan-kawan aku yang dekat pejabat ni semua gilakan bos aku.Cuma aq tak adalah exited macam diorang.Aku sedar aku ni tak lah setaraf dengan dia.
Aku bangun dari kerusi yang ku duduki tadi dan pergi masuk ke bilik bos aku.
Tuk!Tuk!Tuk!.Aku mengetuk pintu biliknya.Apabila aku dengar dia suruh masuk.Langsung aku masuk kebiliknya.
"Ada apa Encik Zakwan?"tanyaku sebaik sahaja aku disuruh duduk di sofa yang ada dalam biliknya.Aku pun pelik juga kenapa dia suruh aku duduk di sofa itu.Aku menurut sahaja.
"Iena.Awak suka saya tak?"tanya bos aku.Aku terkejut.Aku pndang mukanya.Ketika itu dia sedang jalan menuju ke sofa yang aku duduki .Aku buatlah muka pelik.Padahal memang pelik pun.Aku dah mula gabra dah.
"Yang awak buat muka pelik tu kenapa?Saya tanya awak suka saya ke tak?"tanya bos ku lagi lalu dudk disebelahku.
"Encik Zakwan ni kenapa?Demam ye.Jom saya bawa pergi klinik."ujarku.Hati aku dah mula berdebar-debar.'Apalah yang bos aku merepek ni'.aku bermonolog.
"Kenapa tukar tajuk?Saya tanya awak suka saya tak?"ujar bos aku lagi.'Ayoyo,bos aku ni dah kenapa?Serrraaammmm!!!!'
"Encik Zakwan ni kenapa?Janganlah buat lawak."ujarku sambil ketawa.Buat-buat je ketawa tu.Padahal; tengah gabra.
"Nah!Happy belated birthday."ujar bos aku sambil membeli sebuah buku yang diikat dengan reben berwarna pink.Aku menghembus nafas lega.Ingatkan menyanyah apa,rupa-rupanya dia kasi muslihat.
"Cuak betul muka awak tadi."ujar bos aku sambil ketawa.Malu aku dibuatnya.Siapalah tak cuak kalau tiba-tiba buat perangai pelik.Kalau aku buat dekat dia pun dia akan pelik.Silap-silap kena penampar free.Menangis tak berlagu aku nanti.
"Mana tak cuaknya Encik Zakwan.Cuba saya yang buat perangai macam tu pada Encik Zakwan.Encik Zakwan pun akan cuak.Silap-silap saya kena penampar free.What ever pun thanks."bebelku panjang lebar sambil menerima dengan bangganya hadiah daripada bos.Gila tak bangga.Bukan senang nak dapat hadiah daripada bos tau.
"Kalau awak buat perangai macam tu,saya terus lamar awak,jadi isteri saya.Kan lagi bagus.Haha."ujar lagi Encik Zakwan.Merah tak merah muka aku kat situ.'Apa yang bos aku merepek.Menyesal pulak cakap macam tu.Mana nak sembunyi muka ni'aku berkata dalam hati sambil menahan malu.
"Tak adalah.Sya bergurau.Dah,gi keluar.Saya nak sambung kerja saya yang tertangguh."Ujar Encik Zakwan sambil bangun dari sofa yang diduduki tadi ke meja kerjanya.
Aku pun beredar ke pintu tapi sebelum aku keluar..."Encik Zakwan,Thanks ye hadiah ni."
"Hurm..."itu sahaja yang keluar dari mulutnya.Aku buat muka dan berlalu keluar.
Aku membelek hadiah yang Encik Zakwan bagi tadi.Terbeliak biji mata aku.'Fuyoo,novel la seyh.Macam mana mamat ni boleh tahu aku ni hantu novel?What ever pun thanks ye bos.Hadiahmu aku hargai.'aku bermonolog sambil membelek-belek hadiah yang dia bagi.Tajuk novel tu macam best.Tajuknya ialah Cinta Mamat Purple dan Gadis Pink.Macam sweetkan.
Tuk!Tuk!Tuk!Bunyi ketukan pintu bilikku.'Masuk."arahan aku sambil menyimpan hadiah itu kedalam laci.
"Sorry Cik Iena.Ada orang bagi bunga."ujar Ilya.
"Siapa yang bagi?"tanyaku pula.
"Entahlah Cik Iena.Lebih baik Cik Iena tengok sendiri.Saya hantar ke bilik Cik Iena ye."ujar Ilya.
"Ok."ujarku ringkas.
Tiga empat orang masuk ke bilik aku membawa bunga-bunag.Bukan bunga tau,Bunga-bunga.
"Banyaknya Ilya.Siapa yang bagi?"tanyaku.
"Saya tak tahulah Cik Iena.Better you check first.Kami keluar dulu ye."terang Ilya.
"Wait!Tunggu sekejap."arahku.Aku memeriksa bunga-bunga tersebut.Semua kad yang ditulis ialah Happy Birthday.Siapalah yang bagi.
"Kamu semua kalau hendak bunga ni ambillah.Kalau taknak buang sahaja.Saya nak kad ni sahaja.Ok!"
"Sayang Cik Iena kalau buang bunga ni.Betul taknak simpan?"tanya Ilya meminta kepastian.
"Yes i'm sure.So awak semua boleh keluar."
"Thanks Cik Iena."ujar mereka semua.
"Amboi..sejak bila pula aku ramai peminat?"ujarku sendirian di dalam bilik kerjaku.Aku malas mahu memikirnya lagi dan terus menyiapkan kerja yang tertangguh.
****************************************