Tuesday, 28 January 2014

Kisah Cinta Tiga Sahabat {bab 5}

   Setahun sudah berlalu.Alhamdulillah aku sudah pun bekerja di sebuah syarikat di Johor Bahru.Aku juga duduk serumah dengan Azura dan Majidah.Majidah juga sudah menjadi seorang peguam syariah.Alhadulillah,rezeki Allah.Aku bersyukur.
   Sementara itu,aku telah pun membeli satu rumah untukku sekeluarga.Maklumlah,dulu kami duduk dirumah sewa.Bila dah beli rumah,tak adalah untuk memikirkan tentang pembayaran sewa.Tinggal bayar bil elektrik,air,dan cukai.
   Aku dan Majidah juga berpindah kerumah Azura.Seminggu sekali aku akan datang melawat ibu dan ayahku.Sebulan sekali aku akan menginap disana.
   Umur pun dah meningkat ke 25 tahun.Kahwin?Belum bertemu jodoh lagi.Ramai betul yang bertanya.Aku hanya menjawab belum ada jodoh.Ibu dan ayahku juga sering bertanya,aku rasa macam malas nak jawab soalan cepumas ni.Sakit jiwa.
   Bukan tak nak kahwin,Jodoh sahaja yang belum sampai.Kalau dah sampai seru,kahwin jugakan.Haha.
   Tok!tok!tok!.Bunyi ketukkan pintu bilikku."Masuk."jawabku.
   "Cik Iena,ada orang hendak berjumpa Cik Iena.Katanya kawan lama."ujar secretaryku Ilya.
   "Lelaki ke perempuan?"tanyaku.
   "Hai kawan lama.Lama betul kita tak berjumpakan."ujar seseorang yang berdiri disebelah Ilya.
   "Omg!!!Iza!!!Eh masuklah.Thanks Ilya.Awak boleh keluar."ujarku.Ilya hanya menganggukkan kepalanya.
   "Ingatkan dah lupakan aku."ujar Iza sambil menutup pintu bilikku.
   "Mana boleh lupa.Aku sentiasa ingat kawan-kawan aku.Cuma semenjak dua menjak ni,aku buzy.Kerja aku belambak.Jarang buka Facebook,Twitter,Blogger aku pun dah berhabuk agaknya.Haha.Eh!duduklah."jemputku.
   "Wau.Cantik pejabat."
   "Biasa je lah.Oh ya.Kau kerje apa sekarang?"
   "Aku buat bisnes je doe.Bisnes Restoran.Dekat sini-sini jugalah."
   "Oh.Baguslah."
   "Jom Lunch.Kita boleh cerita panjang"
   "kena sangat.Jom lah."
****************************************
   Aku memberhentikan keretaku di depan bangunan KFC.Maklumlah,aku dan Iza memang gemar makanan-makanan sebegini.
   Setelah aku Dan Iza mengambil makanan kami,kami mengambil tempat dihujung sekali.Biar tidak diganggu mungkin.
   "Kau apa cerita sekarang?Dah kahwin belum?"tanyaku.Biasalah,umur pun dah lanjutkan,mestilah kena tanya soalan cepumas ni.Lagi-lagi si Iza ni jenis setia.
   "Dalam perancangan sayang.Bagilah alamt rumah.Nanti aku post kad kahwin aku."ujar Iza.
   "Wah!!!Express betul ea.Haha,ok nanti aku bagi.Tak sangka kan kita dah besar panjang macam ni.
   "Yup."
   "Makin aku tak sangka kawan aku ni dah nak kahwin."ujarku sambil ketawa.Memang tak sangka yang Iza ni nak kahwin.Baru sahaja jumpa,dapat tahu dalam perancangan.'kelas kau Iza'aku bermonolog.
   "Jangan cakap macam gitu.Kau tu dah kahwin ke belum?"Yes!!!dapat soalan cepumas.Paling lemah untuk menjawab.
   "Aku?Muka aku ni siapalah yang berkenan Iza.Aku berserah pada takdir.Dah sampai seruan,kahwinlah aku.Yang pasti aku akn jemput kau."ujarku.
   "Tak baiklah cakap macam tu.Belum sampai jodoh.Manalah tahu impian kau waktu sekolah menengah dulu nak kahwin dengan pilot ke,doktor ke,tercapai.Hehe."
   "Insyaallah."
   "Eh!!!cakap pasal waktu sekolah dulu,kau ingat tak secret admire kau?"tanya Iza.Ligat kepala otakku mengingati kisah lama.Maklumlah,ada yang manis,pahit,masam,masin,semua perasa adalah.Hehe.
   "Siapa?Shahril?Haha,aku dah lama lupakan dia.Sekarang baru teringat bila kau sebut nama dia.Apa khabar dia.Dah jadi apalah sekarang ea?"ujarku.
   "Entah.Aku pun dah lama tak dengarkhabar budak-budak ni doe."
   "Bila aku teringatkan kisah dulu waktu aku minat Shahril,aku malu sangat.Kirim salam dekat dia lah,tengok dia dari jauhlah,macam-macamlah.Bila kantoi,malu sangat,Nasib baik waktu tu aku dah keluar dari An-nur.Kalau aku ada lagi dekat situ waktu dia dah tahu.Manalah aku nak letak muka aku."
   "Haha.Kisah lamakan.Tak sangka pula kau minat dia ea.Macam tak sangka."
   "Biasalah,aku pandai jaga.Hehe."
   "Kau duduk mana sekarang.Dekat senai lagi ke?"
   "Masih.Cuma pindah rumah baru lah.Aku beli.Sekarang aku tinggal serumah dengan Majidah and Azura.Nanti aku bagi alamat,jemput-jemputlah datang ea."
   "Insyaallah."
****************************************
   "Assalamualaikum."aku memberi salam.Aku baru saja pulang dari pejabat aku.Kerja yang terlalu banyak membuatkan aku kepenatan utnuk hari ini.
   Aku membuka pintu.Kelihatannya rumahku sunyi tak berpenghuni.'Mana Majidah dengan Azura'aku bermonolog.Aku menghidupkan lampu diruang tamu.Tiada sesiapa.'Mungkin diorang dah tidur kot.'aku menganggak.
   Aku mendaki tangga untuk menuju ke kamarku.Aku nak mandi,solat dan terus tidur.Penat sangat hari ni.Aku membuka pintu kamar tidurku dan terus membuka lampu.
   "Happy Birthday!!!"aku terkejut mendengar ucapan tersebut.'Ya Allah,hari ini hari lahir aku,aku terlupa.'Aku mengetuk dahiku.Sibuk bekerja sampai aku lupa yang hari ni hari lahir aku.
   "Woi minah!!!kau lupa birthday kau ke?Muka blurr semacam je."ujar Azura.
   "Thanks.Serius aku lupa.Hehe."aku peluk kedua-dua kawan aku yang paling aku sayang.
   "Kau tak pernah lupa birthday kau ngek.Tiba-tiba je lupa.Buzy sangat ke kak oi."perli Majidah.Aku hanya tersenyum.Hilang kepenatan aku.
   Telefonku berbunyi."Kejap doe.angkat call kejap."
   "Hello,Assalamualaikum."Ibuku yang telefon.
   "Waalaikumsalam,Selamat Hari Lahir."ujar ibuku.Gembira hatiku.Memang hilang kepenatanku bekerja tadi.
   "Terima kasih mak ku sayang.Mak ingatkan hari lahir kita.Hehe."
   "Mestilah ingat.Sibuk tak?Datanglah rumah.Bawa Majidah dengan Azura.Kita buat doa selamat sikitlah."
   "Ye la mak.Setengah jam lagi akak sampai."
   "Ha ye lah.Mak tunggu.Bawa kereta hati-hati.Jangan laju-laju sangat.Biar lambat..."
   "Asal selamat..Ye mak,tahu.Ok lah mak.Bye."
  Aku mematikan talian.Ibuku menyuruh agar aku balik kerumah.Sambut birthday la tu.Alhamdulillah.Rezeki Allah.
****************************************
   "Sedapnya.Dah lama betul tak melantak pulut kuning nie."ujarku.
   "Jangan makan banyak-banyak,nanti gemuk.Haha."perli Majidah.
   "Kurang asam lah tu.Ishh!!!"aku memukul lengan Majidah.
   "Assalamualaikum..."ada orang memberi salam dari luar.
   "Waalaikumsalam..."jawab kami yang berada di dalam rumah.
   "Siapa pula yang datang.Mak ada jemput siapa-siapa ke?"tanyaku.
   "Tak ada pulak.Adik pergi tengok siapa yang datang."
   Adik aku pun pergilah membuka pintu.Aku masih lagi duduk di meja makan.Masih menikmati pulut kuning yang ibu aku buatkan.Sedap wooohhh.
   "Akak,ada orang nak jumpa akak ni."jerit adik aku.
   "Siapa lah siut.Mengacau je aku nak makan."bebel aku sambil menuju ke singki."Sekejap!!!"jeritku sambil membasuh tangan.
   Tiba sahaja di muka pintu,aku terkejut bukan kepalang.Mestilah korang nak tahu siapa yang datangkan?Siapa lagi.Mamat yang nama Adam tu lah.Adam ni dulu pernah bercintan-cintun dengan waktu aku tingkatan 5.Dah lama tak jumpa,tiba-tiba muncul pula.Sakit hati aku.
   Mesti kamu semua nak tahukan kenapa aku jadi menyampah dengan mamat ni.Dulu waktu bercinta,dia dah melamar aku,siap bawa parents dia lagi jumpa parents aku.Waktu itu aku perangai keanak-anakkan lagi.Mana lah tahu apa-apa.Tingkatan 5 kot.Exited la jugak.Tiba-tiba sebulan selepas itu dia hantar kad jemputan kahwin dia dengan perempuan mana entah.Kalau kamu semua jadi diri aku mestilah korang marahkan.Tapi apakan daya.Aku bukan boleh buat apa-apa.Aku redhakan je lah.Sebab waktu tu aku masih pelajar sekolah.So lebih baik belajar daripada bercinta.
   "Ohh.Nak apa datang.Macam mana boleh tahu pula rumah ni?"aku bertanya.
   "Tanya jiran awak yang dulu tu."ujar Adam.Geli pula telinga aku dengar suara dia.
   "Nak apa datang?"tanya aku.Malas nak melayan dia.
   "Hari ni kan birthday awak.So saya datang lah nak bagi present."ujarnya sambil menghulurkan sejambak bunga ros merah dan sekotak hadiah yang dibalut kemas.
   "Buat susah-susah je.Daripada bagi saya,baik bagi isteri awak yang dekat rumah tu."ujar aku.'Eh mamat ni.Dah kahwin pun still miang lagi.Semua lelaki memang macam ni ea.Ishh,geli aku.'aku berkata dalam hati.
   "Ini untuk awak.bukan untuk dia."ujarnya.Naik menyampah aku tengok.
   Aku malas nak melayan mamat ni lebih lama lagi.Jadi,aku terus mengambil pemberiannya.
   "Ok,Thanks.Boleh balik sekarang.Sekejap lagi pun saya nak balik rumah saya."ujar aku.
   "Sebelum itu,saya hendak nombor telefon boleh.Senang hendak contact kalau ada apa-apa hal."ujarnya selamba.Aku membeliakkan mata.'Mamat ni dah gila ke?Woi!ko dah ada bini lah!'jeritku dalam hati.
   Tanpa melengahkan masa aku terus tutup pintu.'Dasar lelaki tak sedar diri'marahku.
   "Oklah mak,dah malam ni.Lain hari akak datang lagi ye.Esok nak kerje."ujarku sambil menyalami tangan ibu dan ayah aku.
   "Ha ye lah.Baik-baik bawa kereta.Jangan laju-laju sangat."pesan ibuku seperti biasa lah.
   "Nah!Hadiah untuk akak."ujar ayahku.
   "Untuk akak ni?Terima kasih abah."aku tersenyum ceria.
   "Ok mak,abah,kami balik dulu ye."ujarku apabila kereta ku hendak bergerak.Ibu,ayah dan adik aku hanya melambailan tangan.Aku membalas sambil bergerak meninggal perkarangan rumah ibu ayahku.
****************************************
   "Woi Iena,siapa bagi bunga ros nie?"tanya Azura yang berada ditempat duduk belakang.
   "Adam."jawabku malas.
   "Adam?Adam mana pula?"tanya Azura.Azura memang tak kenal Adam tapi Majidah kenal.
   "Bekas pakwe Iena.Dulu waktu Iena dekat rumah lama,Adam tu duduk sebelah rumah Iena.Dulu bercinta,siap bawa parents dia jumpa parents Iena.Tapi sebulan lepas tu dia kahwin dengan perempuan lain."cerita Majidah bagi pihak aku.
   "Oh!Aku baru tahu."ujar Azura sambil menganggukkan kepalanya.
   "Aku dah lupakan dia.Entah macam mana boleh muncul pula mamat tu.Tension aku.Namanya dah kahwin tapi menggatal macam belum kahwin."ujarku geram sambil menumbuk setereng kereta.
   "Sabar Iena.Biasalah tu.Kau tak payah layan mamat gila tu ok."ujar Majidah.Aku hanya mengganggukkan kepala ku sambil meneruskan pemanduanku.
****************************************
   Aku menjalankan tugasku seperti biasa.Penat itu biasa apa bila kita bekerja.Apabila sudah bekerja kita akan rindu pada zaman sekolah.
   Aku melentokkan kepalaku kekiri dan kekanan.Lenguh disebabkan kerjaku yang tidak henti-henti menghadap komputer.
   "Iena,masuk kebilik saya sekejap."Bos aku memanggilku.Aku ni agak segan sikit dengan bos aku ni.Maklumlah,dah lah handsome,berkarisma,kaya,dan baik.Semua kawan-kawan aku yang dekat pejabat ni semua gilakan bos aku.Cuma aq tak adalah exited macam diorang.Aku sedar aku ni tak lah setaraf dengan dia.
   Aku bangun dari kerusi yang ku duduki tadi dan pergi masuk ke bilik bos aku.
   Tuk!Tuk!Tuk!.Aku mengetuk pintu biliknya.Apabila aku dengar dia suruh masuk.Langsung aku masuk kebiliknya.
   "Ada apa Encik Zakwan?"tanyaku sebaik sahaja aku disuruh duduk di sofa yang ada dalam biliknya.Aku pun pelik juga kenapa dia suruh aku duduk di sofa itu.Aku menurut sahaja.
   "Iena.Awak suka saya tak?"tanya bos aku.Aku terkejut.Aku pndang mukanya.Ketika itu dia sedang jalan menuju ke sofa yang aku duduki .Aku buatlah muka pelik.Padahal memang pelik pun.Aku dah mula gabra dah.
   "Yang awak buat muka pelik tu kenapa?Saya tanya awak suka saya ke tak?"tanya bos ku lagi lalu dudk disebelahku.
   "Encik Zakwan ni kenapa?Demam ye.Jom saya bawa pergi klinik."ujarku.Hati aku dah mula berdebar-debar.'Apalah yang bos aku merepek ni'.aku bermonolog.
   "Kenapa tukar tajuk?Saya tanya awak suka saya tak?"ujar bos aku lagi.'Ayoyo,bos aku ni dah kenapa?Serrraaammmm!!!!'
   "Encik Zakwan ni kenapa?Janganlah buat lawak."ujarku sambil ketawa.Buat-buat je ketawa tu.Padahal; tengah gabra.
   "Nah!Happy belated birthday."ujar bos aku sambil membeli sebuah buku yang diikat dengan reben berwarna pink.Aku menghembus nafas lega.Ingatkan menyanyah apa,rupa-rupanya dia kasi muslihat.
   "Cuak betul muka awak tadi."ujar bos aku sambil ketawa.Malu aku dibuatnya.Siapalah tak cuak kalau tiba-tiba buat perangai pelik.Kalau aku buat dekat dia pun dia akan pelik.Silap-silap kena penampar free.Menangis tak berlagu aku nanti.
   "Mana tak cuaknya Encik Zakwan.Cuba saya yang buat perangai macam tu pada Encik Zakwan.Encik Zakwan pun akan cuak.Silap-silap saya kena penampar free.What ever pun thanks."bebelku panjang lebar sambil menerima dengan bangganya hadiah daripada bos.Gila tak bangga.Bukan senang nak dapat hadiah daripada bos tau.
   "Kalau awak buat perangai macam tu,saya terus lamar awak,jadi isteri saya.Kan lagi bagus.Haha."ujar lagi Encik Zakwan.Merah tak merah muka aku kat situ.'Apa yang bos aku merepek.Menyesal pulak cakap macam tu.Mana nak sembunyi muka ni'aku berkata dalam hati sambil menahan malu.
   "Tak adalah.Sya bergurau.Dah,gi keluar.Saya nak sambung kerja saya yang tertangguh."Ujar Encik Zakwan sambil bangun dari sofa yang diduduki tadi ke meja kerjanya.
   Aku pun beredar ke pintu tapi sebelum aku keluar..."Encik Zakwan,Thanks ye hadiah ni."
   "Hurm..."itu sahaja yang keluar dari mulutnya.Aku buat muka dan berlalu keluar.
   Aku membelek hadiah yang Encik Zakwan bagi tadi.Terbeliak biji mata aku.'Fuyoo,novel la seyh.Macam mana mamat ni boleh tahu aku ni hantu novel?What ever pun thanks ye bos.Hadiahmu aku hargai.'aku bermonolog sambil membelek-belek hadiah yang dia bagi.Tajuk novel tu macam best.Tajuknya ialah Cinta Mamat Purple dan Gadis Pink.Macam sweetkan.
   Tuk!Tuk!Tuk!Bunyi ketukan pintu bilikku.'Masuk."arahan aku sambil menyimpan hadiah itu kedalam laci.
   "Sorry Cik Iena.Ada orang bagi bunga."ujar Ilya.
   "Siapa yang bagi?"tanyaku pula.
   "Entahlah Cik Iena.Lebih baik Cik Iena tengok sendiri.Saya hantar ke bilik Cik Iena ye."ujar Ilya.
   "Ok."ujarku ringkas.
   Tiga empat orang masuk ke bilik aku membawa bunga-bunag.Bukan bunga tau,Bunga-bunga.
   "Banyaknya Ilya.Siapa yang bagi?"tanyaku.
   "Saya tak tahulah Cik Iena.Better you check first.Kami keluar dulu ye."terang Ilya.
   "Wait!Tunggu sekejap."arahku.Aku memeriksa bunga-bunga tersebut.Semua kad yang ditulis ialah Happy Birthday.Siapalah yang bagi.
   "Kamu semua kalau hendak bunga ni ambillah.Kalau taknak buang sahaja.Saya nak kad ni sahaja.Ok!"
   "Sayang Cik Iena kalau buang bunga ni.Betul taknak simpan?"tanya Ilya meminta kepastian.
   "Yes i'm sure.So awak semua boleh keluar."
   "Thanks Cik Iena."ujar mereka semua.
   "Amboi..sejak bila pula aku ramai peminat?"ujarku sendirian di dalam bilik kerjaku.Aku malas mahu memikirnya lagi dan terus menyiapkan kerja yang tertangguh.
****************************************

Novel Bicara Hati ^_^

Assalamualaikum...

hai semua...hari ni Alia tak tahulah kenapa mood Alia mood nak baca novel...padahal assigment Alia berlambak...
waktu Alia baca novel...Alia tertarik dengan ayat nie...
"Abang bukan malaikat yang dicipta tanpa hawa nafsu.Abang manusia biasa yang ada sembilan akal satu nafsu.Kalau ikutkan hati abang yang tak tahan ni, sekarang jugak abang nak terkam lepas tu dukung Alia bawa masuk bilik.Tapi, sebab abang cuba kawal sifat abang nilah, abang berjaya manenangkan nafsu abang yang bergelora ni tau!"

and lagi satu ayat...

"Fikirkanlah apa yang abang cakapkan tadi.Abang nak tengok sejauh mana Alia mampu kawal sembilan nafsu Alia tu. Jangan sampai suatu waktu, Alia yang menyerah kalah! Time tu Alia hanya mahu melihat wajah abang sahaja bila Alia membuka mata."

ok3x..jangan fikir lain...kalau korang baca betul2..korang akan tahu ada ilmu yang tersirat dalam dialog yang dilafazkan oleh Tengku Syahran untuk Zahlia..kebetulan..dalam novel tu..nama pangilannye Alia..sama dengan empunya blogger nie...hehe
ok..apa yang Alia dapat...Kesabaran lelaki lebih tinggi dari kesabaran perempuan....disebabkan mereka mempunyai 9 akal...mereka dapat mengawal nafsu mereka...tapi ada jugak yang tak dapat nak kawal...mungkin diorang tak boleh nak berfikir kot..huhu...
so siapa yang ada suami...korang kenalah hormat suami korang...walaupun korang kahwin bukan atas dasar cinta...korang tetap dah jadi isteri...syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suami...
Bagi Alia bercinta selepas kahwin itu lagi sweet berbanding cinta sebelum kahwin..hehe...
ok lah..samapi sini dulu...bye

Monday, 27 January 2014

Lirik lagu Jika {Melly goslow feat ari lasso}

jika teringat tentang dikau
jauh dimata dekat dihati
sempat terfikir untuk kembali
walau beda akan ku jalani
tak ada niat untuk selamanya pergi

jika teringat tentang dikau
jauh dimata dekat dihati
apakah sama yang ku rasa
ingin jumpa walau ada segan
tak ada niat untuk berpisah denganmu

jika memang masih bisa mulutku berbicara
santun kata yang ingin terucap
kan ku dengar caci dan puji dirimu padaku

kita masih muda dalam mencari keputusan
maafkan daku ingin kembali
seumpama ada jalan untuk kembali

jika teringat tentang dikau
jauh dimata dekat dihati
tak ada niat untuk selamanya pergi

jika teringat tentang dikau
jauh dimata dekat dihati
tak ada niat untuk berpisah denganmu

jika memang masih bisa mulutku berbicara
santun kata yang ingin terucap
kan ku dengar caci dan puji dirimu padaku

kita masih muda dalam mencari keputusan
maafkan daku ingin kembali seumpama ada
jalan untuk kembali kembali

jika memang masih bisa mulutku berbicara
santun kata yang ingin terucap
kan ku dengar caci dan puji dirimu padaku

kita masih muda dalam mencari keputusan
maafkan daku ingin kembali seumpama ada
jalan untuk kembali kembali

Form 6 Upper Sudah :)

Assalamualaikum...
 hai semua...Ya Allah...Hampir sebulan Alia tak update blog nie...naik berhabuk dah...bersihkan sikit...fuhhh!!!...
Rasanya belum trlambat untuk ucapkan selamat tahun baru 2014...maaflah..Alia buzy sangat sampai tak sempat memang nak update blog nie...
Maklumlah..Buzy sudah semenjak jadi form 6 upper nie...Dengan assigmentnye..aktiviti sekolah dan sebagainya...
Disebabkan dah lama tak update...Alia nak update lah..Cerita kali ini tentang kehidupan Alia untuk tahun baru ni lah...
Semenjak Alia dah jadi form 6 upper...mulut Alia nie makin bising..maklum..dah ramai kawan sekarang...dah tak macam dululah asyik diam saje samapikan orang kata Alia nie sombong...sedih lorh...
Alhamdulillah...bersyukur sebab ramai kawan-kawan dekat kelas tu mula rapat dengan Alia..mula gurau-gurau...Best sgt...



sempat take pic hari tu...waktu nie cikgu tak masuk lgy...haha...tu pun ade yg jelous sbb tk dpt brgmbr...tkpela...nnty amek rmai2 ea..haha...
so..my feeling so good for this time...i have many friends...hehe...i'm so happy....
so..harap2 dapatlah jalani hidup ini...
sayang kawan2 Alia...
sampai sini dulu...bye alls!!!!